WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, February 11, 2012

PANAS MU-LIVERPOOL MALAM INI


Kontroversi membabitkan kapten Manchester United, Patrice Evra dan penyerang Liverpool, Luis Suarez pasti menjadikan pertembungan dua pasukan musuh tradisi itu yang dijadual berlangsung di Old Trafford, 8.45 malam ini, cukup panas!
Selepas Suarez kembali beraksi ketika Liverpool bertemu Tottenham, Selasa lalu sejurus tamat penggantungan lapan perlawanan kerana didapati bersalah melakukan ejekan berunsur perkauman terhadap Evra, tahun lalu, pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menganggap penyerang Uruguay itu sebenarnya tidak bersalah.
Namun kenyataan terbaru Dalglish itu nyata menerbitkan rasa bengang buat pengurus United, Alex Ferguson  yang tidak faham kenapa Liverpool tidak berusaha membuat sebarang rayuan untuk membersihkan nama Suarez jika mereka yakin penyerangnya itu tidak wajar digantung lapan perlawanan.
Apa pun, jika United berjaya menewaskan Liverpool, malam ini, mereka berpeluang merampas seketika tangga teratas Liga Perdana Inggeris untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam memandangkan pendahulu, Manchester City hanya akan turun beraksi menentang Aston Villa di tempat lawan, malam esok (sepak mula jam 12 pagi Isnin).
Pasukan di tangga ketiga pula, Tottenham berpeluang merapatkan kedudukan dengan City dan United apabila mereka bakal menanti kunjungan Newcastle, awal pagi esok (sepak mula jam 1.30 pagi Ahad).
Lain-lain perlawanan bakal berlangsung jam 11 malam ini – Blackburn bertemu QPR, Bolton bertemu Wigan, Everton bertemu Chelsea, Fulham bertemu Stoke, Sunderland bertemu Arsenal dan Swansea bertemu Norwich.
Sementara Wolves akan bertemu West Brom, jam 9.30 malam esok.
Minggu ini merupakan perlawanan ke-25 bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

♥Lady Ainaa♥ said...

huaaa nk tgokkk.... tp kt sni xde kemudahan tv.. sure2 cafe di kongker oleh dak2 laki... t g tau la ek keputusannya.. ngeee

Ahmad Haziq Azlan said...

go go harimau malaya

gadisBunga said...

dah tak aktif ber EPL. tunggu euro 2012 nanti lah.

delarocha said...

dua dua team tak sokong.. huhu

Zul Fattah said...

MU menang.. apa2 pun, kawe x kisah sebab kawe spurs slamanya

atuk said...

Asalamualaikum Imanshah

saya tak suka tenguk sikap kapten MU tu....mengapi-apikan keadaan selepas perlawanan semalam

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

MU tak patut menang. huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget