WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, February 1, 2012

PESTA GOL

Alhamdulillah, hari ke dua yang sungguh bermakna. Dengan tekad dan azam yang tinggi, pasukan hoki lelai B18 tahun STAR turun buat kali ke dua dalam Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara dengan semangat yang tinggi setelah membelasah SMK Bercham 5-0. Kali ini STAR dipertemukan dengan SMK Tambun, pemenang tempat ke tiga tahun lepas.


Permainan selama 40 minit sekali lagi berjaya dikuasai dengan cemerlang oleh kesebelasan anak muda Sekolah Bintang ini apabila dengan mudah menguasai bahagian tengah, serangan dan pertahanan. Ternyata, STAR bukan tandingan Tambun apabila keputusan akhir STAR berpesta gol 7-0. Alhamdulillah.

Dalam perlawanan hari ini, Zahran Syahmi berjaya membuktikan kehebatan apabila mnjaringkan lima gol, manakala satu gol lagi masing-masing disumbangkan oleh Faris Habeha dan Amirul Hafiz. Dengan kemenangan ini, STAR telah menjuarai kumpulan C, dengan dua kemenangan, enam mata dan dua belas jaringan.


Tahniah buat semua pemain, InsyaAllah pada hari ini, STAR akan menentang St' Michel Instituition dalam peringkat suku akhir. Tahniah buat semua pemain, kekalkan momentem dan teruskan memburu kemenangan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

Eyeme said...

selalu jugak g tgk game hoki.

kalau dah ayah sndr coach hoki -.-"

Deru Ombak said...

Liga ke pukul mati Cikgu.? Eh! Ada ke pukul mati ye.

Hahaha,, dah lama tinggalkan kayu hockey.

cheqna said...

trgat zaman2 sekolah erndah dulu..cheqna jugak pemain hoki =)

klcitizen cikgunormah said...

wah, hebat dan tahniah untuk pasukan STAR dan guru2nya :)

Kakzakie said...

Dengarlah wahai anak-anak betapa cikgu kamu begitu bangga dgn kejayaan itu. Tahniah semua.

Hari ini bertempur lagi!!

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

tahniah untuk cikgunya
moga terus berjaya

adol ihsan said...

SAlam ..

hoho.. tahniah2 ..!! :)

delarocha said...

semoga anak didik berjaya

Ruby Mahabbah Fillah said...

huhu bola lg :)

adrenalina said...

wah...nanti menang cikgu dia kene belanja makan kat budak2 hoki ni hahaha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget