WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, February 13, 2012

POTONG SEPULUH MARKAH

Perhatian, sesiapa yang tak hantar buku nota dan latihan, saya akan potong 10 markah ujian selaras 1 nanti. 

Begitulah tegasnya suara Imanshah dari kelas ke kelas tadi. Bila janji tak tertunai, mula lah hati panas, bila hati panas, mula lah nak mendenda. Kata orang, jangan biarkan mereka mencuba dan menguji kita, kita yang harus tetapkan.Bukan tak boleh bertolak ansur, bukan tak memberi ruang. Namun sudah hampir sebulan setengah memberi ruang. Bila masa yang sepatutnya mereka acuh tak acuh, baru lah masa tu tunjukkan taring. Pakcik nak peduli apa? Cikgu lain Imanshah tak tahu, tapi dengan Imanshah bukanlah orangnya untuk dibuat main-main. Dan hasilnya, bertimbun buku sampai ke meja Imanshah.


Menjadi penyayang kena pada tempatnya. Tak takut hilang populariti ke? Idak ! Idak ! Kalau nak popular dan terkenal, Imanshah jadi artis. Keluar surat khabar sana-sini. Kalau boleh dedah sikit-sikit, tunjuk dada sikit, lagi meletup. Nak jadi guru bukan tempat untuk meraih populariti pelajar. Tegas, berprinsip dan penyayang. Barulah cool !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

capt. keon alhan said...

saya pernah kena tahun lepas....tak siap homework cuti akhir thn bm...ujian selaras satu kne ptg 5 markah klo tak silap.skrg ni rndu nk dgr prkataan ujian slrs...haha...skrg ni asek dgr test quiz,test,quiz,,,adeyh....

IMANSHAH said...

@capt. keon alhan

haha tulah kan, ingat suka2 cg nak wat peraturan

ummu said...

salam Iman Shah
hah cepat cepat hantar buku kerja,karang Cikgu Shah marh + tolak markah, camner...

akak tak tanda buku student tapi semak disiplin student,uwaaa

tunz said...

bagus2!!!kena tegas yer imanshah

Woofer Storm said...

betul cikgu,,terasa cool entry ni...

#cikgu kena bagi teladan yang baik bukan..apapun sentiasa tegas agar bisa mendidik murid mnjadi orang yang baik..

hawiz said...

wahh...cikgu iman garang laa....takot kite

Ahmad Haziq Azlan said...

sbp kena la tegas kan cikgu2 dia...

dee said...

errr nota apa yg cikgu suh anta? saya lupa la. :P

cheqna said...

zaman kat U je dulu biasa r kena ugut gini
hahahahaha

gadisBunga said...

awak ada niat nak tayang dada ke? heheheh~

capt. keon alhan said...

che gu,,,jom join contest sy jom...tnjuk wjh happy che gu sket...gmbr ngan student ke?

ni ha linknye,,,

http://cobaltchloride.blogspot.com/2012/02/happy-faces-contest-by-captkeon-alhan.html

hani@debumelukut said...

yes! kita sokong bab tegas gini..you share my thought. Biarlah tak popular, janji esuk2 anak murid berjaya..

zarazueyin said...

yup setuju :)

kakcik said...

Dedah2... ish! janganlah...

nabilah_2908 said...

cikgu mcm ni la best...ada cikgu...

garang..garang sesangt..sampai budak pun takut...ada yg tak..sampai budak pijak kepala.... ;)

khaifaiz said...

yezza cikgu memang kena tegas...

Gen2Merah said...

itulah dia seorang cikgu.. penyayang tapi tegas agar sentiasa di hormati oleh smua murid2..

Khairul Azmi said...

fuh imanshah mmg la cikgu yg cool..
haha...

insan_marhaen said...

bila buku bertimbun atas meja, jangan liat nak semak cepat-cepat ya...

nanti anak murid pula potong 10 markah cikgunya! Markah populis!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tegas!!! bgs2 :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

wowww..garang nye!!!! tp bagus utk menunjukan ketegasan...

ISZA said...

SOKONG!!!
:D

adrenalina said...

kene beli pen merah banyak2 ni

shetaq said...

10 markah aje cikgu? kalau saya, sy buat potongan 50% :-)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget