WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 1, 2012

KAU SENTIASA DEKAT DI HATI, ALFATIHAH ALLAHYARHAMAH FATIMAH

Sebagai rakyat malaysia yang bermastautin di negeri Perak, saya turut berduka dengan kemangkatan YM Datuk Seri  Raja Ashman Shah semalam. Dan pada petang semalam juga saya turut menerima berita orang yang agak dekat dengan syaa turut kembali ke Rahmatullah. Mungkin dewasa ini , ramai sudah mula melupakan jasa dan pengorbanan seorang yang bernama BIDAN.

Namun, saya tetap mengenang kembalinya ke rahmatullah Allahyarhamah Fatimah atau Makcik Timah, seorang bidan kampung yang suatu masa dahulu menyambut kelahiran saya ke dunia ini. Mungkin pada waktu tersebut tidak ada teknologi canggih dalam menyambut kelahiran seorang manusia baru ke dunia ini. Dan orang yang mula-mula menyambut kedatangan saya ke dunia dan mengelap darah yang memenuhi badan, memotong tali pusat adalah Makcik Timah.

Sehingga malam tadi, saya tak mampu untuk memjemkan mata dengan lena kerana mengingatkan arwah. Alfatihah buat Allahyarham, atas setiap kudrat dan jasa yang telah dicurahkan akan saya kenang terutamanya dalam menjadi orang pertama menyambut kami tujuh beradik ke dunia. Semuanya menerima air tangan Allahyarham. Sebab itulah ibu dari dua hari lepas menelefon dan meminta supaya mendoakan Allahyarham sewaktu nazak. Agaknya ibu terkenang betapa dia banyak terhutang budi pada bidan yang satu itu.

Alfatihah buat Makcik Timah. Ya Allah engkau cucurilah rahmat ke atas roh Allahyarhamah. Amin



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Takziah Semoga rohnya dicucuri rahmat. Bidan hospital dan bidan kampung mempunyai tugas murni yang insyaAllah membantu keselamatan ibu dan anak dalam proses kelahiran.

TQ

azwa amani said...

Dari Allah kita datang, kepadaNYa juga kita kembali..

semoga rohnya diletakkan disisi2 orang2 yg Allah sayangi.. Amenn

tunz said...

alfatihah

klcitizen cikgunormah said...

innalillahi wa inna ialihi ro jiun

Cik Z@i Pen@nG said...

Al-Fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat-Nya

Norsha said...

alfatihah...
sampai masanya kita pula mengikut mereka...

gadisBunga said...

pasti arwah makcik tu gembira sebab bayi yang pernah disambutnya dulu mendoakan kesejahteraannya...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget