WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 29, 2012

REBET BIL ELETRIK RM20 KE BAWAH DILANJUTKAN

Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.
Beliau berkata, 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.
“Ini adalah salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.
“Kerajaan membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini.
Chin berkata, kerajaan memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. – BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Cikgu rasa dlm keadaan rumah hari ini ada lagi ke org bill elektrik tak sampai 20 ringgit...

Kalau guna lampu, rice cooker, tv dan kipas (yg asas sajalah) pun kakak rasa mesti lebih 20 ringgit dah...

Yatie Awang said...

akak tak pernah merasa pakai elektrik free heee...selalu lebih aja

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget