WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, March 24, 2012

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN MUNCUL SEKOLAH TERBAIK SPM 2011 DI NEGERI PERAK


Alhamdulillah, hanya ungkapan ini sahajalah yang terbaik apabila sekali lagi SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, iaitu sekolah Imanshah mengajar diumumkan sebagai sekolah terbaik SPM 2011 peringkat Negeri Perak. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar batch 51 yang telah membuktikan betapa usaha keras tanpa mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Begitu juga kepada guru-guru yang begitu dedikasi dan komited dalam mendidik para pelajar. Pentadbir sekolah, alumni, PIBG serta ibu bapa turut memainkan peranan yang berkesan dalam memastikan kedudukan STAR terbaik di Negeri Perak bagi tahun 2011. Berikut merupakan analisa keputusan peperiksaan SPM 2011 Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

Gred Purata Sekolah : 1.37

Bilangan mendapat semua A : 48 pelajar

Bilangan mendapat semua A + : 6 pelajar
Kedudukan Kinta Utara : Pertama
Kedudukan Negeri Perak : Pertama
Kedudukan SBP : Ke-9

Analisa mata pelajaran

1) B.Melayu - 0.408 (kedudukan ke-15 dalam SBP)

2) B.Inggeris - 0.805 (kedudukan ke-8 dalam SBP)
3) Matematik - 0.472 (kedudukan ke-14 dalam SBP)
4) Pend Islam - 1.021 (kedudukan ke- 41 dalam SBP)
5) Sejarah - 0.239 (kedudukan ke-2 dalam SBP)
6) Mat Tambahan - 1.57 (kedudukan ke-9 dalam SBP)
7) Fizik - 2.373 (kedudukan ke-16 dalam SBP)
8) Kimia - 2.993 (kedudukan ke -28 dalam SBP)
9) Biologi - 2.401 (kedudukan ke-12 dalam SBP)
 Lima daripada pelajar yang memperoleh semua A + 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Umar said...

Tahniah STAR! *mcm kenal je cikgu yg pakai songkok tu..

IMANSHAH said...

@Umar

orang2 JPN Perak tu

gadisBunga said...

tahniah! kejayaan diorang ni sebab cikgunya. diorang patut berterima kasih banyak kat cikgu mereka. :)

Inche gabbana said...

Ahah! Tahniah hadek2 Sekolah Bintang! Mengulangi kejayaan habang2 SPM tahun 2004! ;D

Proud to be a STARIAN!

Bapak said...

tahniah!

Deru Ombak said...

Tahniah Cikgu .. :)

ckLah @xiiinam said...

Tahniah....dari cikgu sekolah tercorot.

sonata anak kancil said...

tahniah ! semoga terus cemerlang

Kalamhati said...

Tahniah BINTANG!!=)

Hafiz Rahman said...

Tahniah. Muridnya pandai kerana diajar oleh cikgu cun....

DaHLia said...

tahniah cikgu Imanshah! :D

klcitizen cikgunormah said...

@ckLah @xiiinamsaya pun dari sekolah tercorot jugak :)

klcitizen cikgunormah said...

tahniah utk warga STAR

kakcik said...

TAHNIAH. Semoga perjalanan seterusnya akan lebih cemerlang lagi. :)

Qamaruls said...

tahniah kepada guru mereka juga..

ROZILA said...

Salam Imanshah,

Tahniah utk cikgu dan student STAR (perak)...

Semuga terus cemerlang

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget