WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 18, 2012

SERUNDING DAGING

Bila berada di kampung ni, macam-macam boleh tengok, boleh belajar dan boleh cuba. Malam tadi Imanshah membantu ibu menyiapkan serunding daging. Mak ai, masak bukan main lama. Mula jam 5 petang, dekat jam 10 malam baru siap. Tapi rasanya, sungguh enak dan menjilat jari.


Apa?? Nak minta resipi? Erk, Imanshah tak tahu pun bagaimana ianya dibuat. Yang Imanshah tahu tolong hidupkan api, tolong kacau dan tolong makan je. Kira tolong jugak lah kan. Appaun serunding daging ni memang susah nak buat. Sebab itulah di Pasar Tumpat ianya dijual dengan harga RM 50 sekilogram. Satu lagi di Kelantan daging segar digunakan sebagai bahan utama. Daging import tak main lah.

Baiklah, Imanshah pun nak berangkat pulang ke Ipoh. Boleh lah bawa bekal serunding daging untuk dimakan dengan nasi. Jumpa lagi ya.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Mat Som said...

Serunding daging sesuai sangat untuk adik-adik yg duduk di asrama, maklumlah kadang-kadang jemu makan lauk yg sama saja menunya sepanjang minggu.

Uncle Lee said...

Hello Imanshah, my bahasa is out of tune, sebelum Merdeka, but I boleh faham maybe 35%, and enjoyed reading your this posting, and your humour.

I have never eaten this dish, but from your description it sounds delicious.
You have a pleasant weekend, and keep well.
Best regards.
Lee.

Salwa said...

Dulu berjalan-jalan d Kelantan I pun beli serunding. Lama boleh simpan serunding ni. Sedap plak tu.

nyanyisunyi said...

Salam Iman..

sedapnya..akak suka makan dengan nasi impit..tak pun roti pun ok....memang makan maasa berjam2 nak buat serunding ni...tp akak tk penah pun buat..:))

Mudah2an selamat dalam perjalanan pulang ye..

kakcik said...

RM50/kg sebenarnya masih murah berbanding dengan RM70 @ RM80/kg yang dijual di KL ini. :(

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

moga selamat dlm perjalan

Iena Eliena said...

Blogwalking here...
cik iena follow your blog..
follow my blog juga ye(^_~)
www.ienaeliena.com

aimaniman said...

swdapnya...kwn2 kwlantan selalu bisnes serunding daging time ramadhan..laku...

NzA said...

samba daging kg laut trbaik!!!!!

blog-tips-kurus said...

waaaa...
pos sini sebungkus jek. :-)

insan_marhaen said...

kat Ipoh boleh try rendang Mak Nik..

Citarasa Rinduan said...

ayu study kat penang tahun 99..
terus kenal serunding daging.. area jb susah nak jumpa..

rajinnya cikgu bantu ibu.
bangganya ada anak seperti kamu..rajin

siti murni said...

dalam banyak-banyak jenis serunding, paling suka serunding daging. sedap.. makan ngan nasi je pun dah cukup...paling penting, tahan lama kalau kena gaya simpan.

gadisBunga said...

awak, pos sini sikit serunding daging tuh!

Mak Wardah said...

Makanan diasrama dulu2...la ni pun beli lagi untuk kecemasan di rumah..

thoman said...

Chesalmah.com for online serunding, always fresh stok@Uncle Lee

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget