WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 18, 2012

BAYERN MUNICH 2 - 1 REAL MADRID


Bermain di Stadium  Allianz Arena,  dalam pusingan pertama  semi-final Liga Juara-juara , Bayern Munich berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.  


Karim Benzema membuka peluang Los Blancos tapi usahanya masihmampu  digagalkan penjaga gol Bayern,  Manuel Neuer. Munich berjaya mendahului melalui Franck Ribery pada minit ke-17. Tendangan sudut Toni Kroos gagal ditahan  Sergio Ramos dan bola  mendarat di kaki Ribery yang berjaya menembusi  gawang Iker Casillas.

Pasukan kendalian  Jupp Heynckes ini tampil lebih yakin  dan membuat Madrid semakin sukar menembus pertahanan Munich. Namun pasukan pelawat akhirnya berjaya menyamakan  menyamakan kedudukan pada  minit ke-53 melalui Mesut Ozil.

Meskipun begitu, Madrid tidak mampu memanfaatkan peluang  tersebut, tuan rumah semakin giat melakukan serangan. Gomez dua kali memiliki  peluang keemasan untuk menjaringkan  gol tetapi masih belum berhasil. Namun pada  minit ke-90, umpan dari Philipp Lahm  berjaya  melewati Fabio Coentrao, mampu menembusi   Madrid


Bayern unggul 2-1 dan skor tidak  berubah sehingga tamat perlawanan. Madrid masih berpeluang membalas kekalahan ini kerana pasukan bimbingan  Jose Mourinho ini akan menjadi tuan rumah di pusingan  kedua pada 25 April nanti.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

hebat hebat hebat diorang ni

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget