WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 21, 2012

BERSIH 3.0 TETAP DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA


Sebagaimana yang dijadualkan, Himpunan Bersih 3.0 akan tetap berlangsung di Dataran Merdeka bermula jam 8 pagi pada 28 April ini meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan jawatan kuasa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk berhimpun di situ.
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan menegaskan, Dataran Merdeka akan kekal lokasi Bersih 3.0 kerana ia adalah milik rakyat dan bukannya milik kerajaan atau DBKL.
Dijangka seramai 20,000 orang peserta akan membanjiri sekitar Dataran Merdeka seawal jam 8 pagi bagi memulakan demonstrasi menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjalankan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih.
Menggunakan tema ‘duduk bantah’, himpunan yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said itu hanya akan duduk sahaja di Dataran Merdeka sambil membantah bersama 84 NGO yang sebahagiannya sahaja berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Antara tuntutan yang akan dilaungkan pada 28 April itu ialah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari dan memperkukuh institusi awam.
Selain itu, himpunan yang akan disertai oleh Ambiga dan pemimpin-pemimpin utama parti politik pembangkang itu juga mereka juga menuntut agar gejala rasuah dan politik kotor dihentikan segera.
Sumber memberitahu Mynewshub, himpunan tersebut akan bermula serentak pada jam 8 pagi di seluruh negara serta di luar negara dan Dataran Merdeka akan menjadi ‘ibu’ kepada segala himpunan tersebut sehingga selesai.
Pihak jawatan kuasa Bersih juga dikatakan telah meminta pertolongan dari pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membantu mengawal perhimpunan itu dan menjamin kelancarannya secara aman walaupun dua sesi himpunan Bersih sebelum ini menyaksikan peserta himpunan itu memaki hamun anggota pihak berkuasa berkenaan.
Selain Bersih 3.0 pada 28 April, ibunegara juga bakal menyaksikan demonstrasi berganda pada keesokkannya (29 April) apabila Pakatan Rakyat merancang mengadakan demonstrasi membantah cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja isu mempersendakan Raja-raja Melayu oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat seperti Tian Chua dan Azmin Ali.
Pada hari yang sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga merancang mengadakan demonstrasi berhubung isu yang sama di Dataran Merdeka atau Padang Merbuk bergantung kepada kelulusan dari DBKL

SUMBER : MYNEWSHUB

Pakat-pakat bawa penyapu dan beg plastik. Sama-sama bersihkan KL dari sampah sarap. Kan awasome !!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

lepas ni bersih 4.0 plak

adol ihsan said...

Salam..

Huhu.. lepas ni takde habuk-habuk lagi dah.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget