WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, April 8, 2012

END WAR

Pagi tadi berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Dan Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Kinta Utara bagi tahun 2012. Pelbagai pertandingan telah dijalankan seperti syarahan agama, tilawah Alquran , Hafazan, Nasyid dan juga khat. Pasukan nasyid End War kali ini turun untuk mempertahankan kejuaraan tahun 2011. Sebanyak enam buah sekolah terbaik yang mewakili dua buah zon berentap untuk memilih satu pasukan ke peringkat negeri. Sebelum ini, pertandingan di peringkat zon telah diselesaikan. 

Namun, berhadapan dengan nama-nama hebat dalam daerah Kinta Utara seperti Sekolah Izzudin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah agak menakutkan. Maklumlah reputasi sekolah-sekolah agama ini memang terserlah lamanya. Sedangkan kami baru sahaja hendak bermula.

Apapun End War telah mendapat undian giliran pertama, membuatkan perasaan semakin tertekan. Ditambah pula dengan solo yang tidak berapa sihat. Apapun kami positif kerana matlamat menyertai nasyid selain dari untuk memenangi pertandingan ia juga sebagai medium untuk berdakwah.


Johan : END WAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman)


Naib Johan- SOUTUL FAIZIN (Sekolah Izzudin Shah)


Ke-3 - AINUL YAQIN (Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah)


Soutul Ummah (SABK Maahad Al-Ummah)


Soutul Falah (SABK Maahad As-Syafie)


Soutunnur (SM Teknik Ipoh)

Alhamdulillah, sekali lagi END WAR berjaya mengekalkan kejuaraan dan akan mewakili Daerah Kinta Utara ke peringkat negeri pada 22 April nanti di Manjung, Perak.












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

takkan kinta utara yang masuk 3 sekolah je kot?

tau la daerah tu banyak sekolah cina....

IMANSHAH said...

@Ahmad Haziq Azlan

ada enam sekolah. dulu ada zon sebelum daerah.. wakil zon ada tiga sekolah...masa zon tu yang ada banyak sekolah,

Kalamhati said...

tahniah END WAR!(nama ganaz..hehe)

ckLah @xiiinam said...

Tahniah STAR? Sekolah Taayah dan Sekolah Izuddin....kenangan lama. Tempat ckLah belajar dulu. STAR-SIS-SERATA.....3 penjuru yang sering bersaing dulu. :-)

ckLah @xiiinam said...

*maaf, tertekan tanda soal pulak!

klcitizen cikgunormah said...

tahniah end war.. nama kumpulan kemain :)

cheqna said...

teringat zaman2 dulu hehehehe

sonata anak kancil said...

tahniah....cemerlang cikgu yang membimbing - tahniah juga kepada cikgu

tunz said...

tahniha kpd team ..end war!! kelasss tu

Zul Fattah said...

Tahniah END WAR.. nama gempak kot.. apa2pun, smoga maju jaya dan dapat menang lebih bnyak hdiah..

gadisBunga said...

tapi kenapakah naman end war? mcm ganas bunyiknye~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget