WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 18, 2012

PANDELELA RINONG KETEPIKAN NICOL UNTUK ANUGERAH OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN


Pandelela Rinong yang baru selesai bertanding pada pusingan ketiga Siri Terjun Dunia (WDS) di Moscow, Rusia, Sabtu lalu sepatutnya terus berlepas ke Tijuana, Mexico bagi menghadapi pusingan terakhir WDS di negara Amerika Utara itu.
Namun dia memilih untuk mengharungi perjalanan pulang sejauh 11,300 kilometer ke ibu negara semata-mata untuk menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 yang berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan malam tadi.

Pandelela yang merupakan antara calon untuk Olahragawati Kebangsaan 2011 pulang ke Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan Anugerah Sukan Negara sebelum berangkat semula ke Mexico yang bakal memakan masa selama 21 jam, hari ini.

KEPUTUSAN ANUGERAH SUKAN NEGARA 2011

Olahragawan -Dato' Lee Chong Wei

Olahragawati Kebangsaan - Pandelela Rinong


Pasukan Lelaki Kebangsaan - Skuad Memanah Negara

(Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)


Pasukan Wanita Kebangsaan - Renang

(Katrina Ann Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yzhing Huey, Emanuelle Mah Thil Da)


Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Allahyarham Muhamad Salam Sidik


Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hemala Devi Eni Kutty


Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan


Jurulatih Wanita Kebangsaan- Rosniza Abu Bakar


Anugerah Kepimpinan Sukan- Datuk Seri Kee Yong Wee


Anugerah Tokoh Sukan - Tiada Pemenang


Anugerah Khas  - Shaharudin Jaffar






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

eh nicol tak cukup produktif ke?

khaifaiz said...

tahniah kepada yg menang...

shahjiehan said...

nicol dah selalu menang...

pandalela pulak~ hehehe

riscthalla pananjung said...

salam kenal..





http://obat-kanker.acepsuherman.biz/obat-herbal/obat-penyakit-stroke/

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget