WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, April 30, 2012

PIDATO PIALA KPM PERINGKAT NEGERI PERAK 2012


Imanshah nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat anak murid Imanshah iaiitu Dinie Zafri Zainuddin yang telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan Pidato Piala Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 peringkat Negeri Perak. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Dalam pertandingan yang melibatkan seramai 10 orang peserta yang mewakili 10 daerah, Dini menyampaikan pidato wajib yang bertajuk "Akhlak Mulia, Keluarga Bahagia" manakala pidato spontan pula beliau diberikan tajuk " Masyarakat Berilmu, Negara Berjaya".

Walaupun tewas, ini merupakan percubaan pertama beliau dalam pertandingan pidato dan insyaalah pada tahun hadapan beliau akan kembali untuk merampas kejuaraan. Walaupun Imanshah agak kecewa sedikit dengan mutu pengadilan, namun menerimanya dengan penuh semangat pertandingan. Adat bertanding, ada menang ada kalah dan adat memilih, ada terpilih ada yang tersisih.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

delarocha said...

bagus..cikgu tumpang bangga la klu ada anak buah yg hebat camni.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

teringat waktu sekolah rendah. menengah aktif bebeno lah masuk pidato nih. suka bercakap on stage. hehe

gadisBunga said...

tak tewas lah! kan dapat naib johan tu...

tahniah! :)

syafiq amirul said...

Siapa juara tahun ini,sekolah mana?

novia said...

johan dr daerah larut matang selama. johan dan naib johan sama2 yang terbaik. dlm pidato spontan, hanya johan dan naib johan shja yang hebat tnpa menulis apa2 dlm tempoh 1 minit yang dberikan. mereka tenang mengingat. mmg hebat... tahniah

sarah said...

tahniah kepada anak murid imanshah...bukan senang ooo nak pidato..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget