WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 28, 2012

SELEPAS AMBIGA, KHAIRY AKAN BERDEBAT DENGAN RAFIZI RAMLI PULA



Setelah berjaya ‘membudak-budakkan’ Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, di dalam majlis debat, “Spark The Debate” yang bertajuk “Electoral Reforms” anjuran akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail kelamrin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi menerima cabaran untuk berdebat.
Kali ini mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, 3 Mei ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
Ramai pemerhati mengatakan Ambiga bukan lawan Khairy sebaliknya Rafizi lebih layak berbuat demikian, jadi inilah masa yang kita tunggu-tunggu untuk melihat siapa yang lebih ‘jaguh’ di arena perdebatan ini.
Untuk rekod, jika ia menjadi kenyataan, ini adalah ‘pertempuran’ kedua di antara KJ dengan Rafizi.
Pada 29 Februari lalu, kedua-duanya pernah berdebat di hadapan pelajar dan rakyat Malaysia di London.
Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.
Masuk adalah percuma.
Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).
Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau mengenai isu PTPTN, yang menjadi isu hangat sejak awal bulan lalu, pada 13 April lalu.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget