WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, April 5, 2012

TAN SRI ANNUAR MUSA DIGANTUNG DUA SETENGAH TAHUN OLEH FAM


KELANA JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa hari ini.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak pada perbicaraan yang mengambil masa hampir tujuh jam itu.

“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai Timbalan Presiden FAM dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya yang mendedahkan ini bukan pertama Annuar menghadap Jawatankuasa Tataterbib FAM.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.

Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Taufik berkata, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa tersebut mendengar pembelaan daripada Annuar serta melihat rakaman video kenyataan Annuar yang dibuat oleh sebuah stesen televisen swasta.

"Setelah kita meneliti kesalahan beliau, berdasarkan artikel tersebut, selain mengguna pakai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III), maka jawatankuasa sebulat suara mendapati beliau bersalah dan dikenakan hukuman gantung selama dua tahun setengah (30 bulan)," katanya.
Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Pada sidang media di Wisma FAM hari ini, Taufik berkata, pada perbicaran hari ini Annuar didakwa melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

“Jawatankuasa bersidang memutuskan Annuar didapati bersalah dan hampir sebulat suara bersetuju hukuman berkenaan. Annuar dengan ini digantung dua setengah tahun walaupun terdapat anggota memutuskan hanya denda perlu dikenakan kepada beliau.

"Malah, hukuman bagi kes ini juga tidak boleh dirayu,” katanya.


Sebelum itu, Annuar yang ditemui pemberita selepas inkuiri itu, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan kepadanya kerana badan induk bola sepak negara itu telah mengeluarkan arahan kepada beliau agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

"Saya telah mendengar keputusan daripada jawatankuasa disiplin FAM, namun tidak sempat untuk mendengar hukuman kerana terpaksa bergegas ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Baharu bagi mengikuti perlawanan pasukan Kelantan bertemu pasukan AREMA (Indonesia) pada saingan Piala AFC malam ini," katanya.

Annuar dipetik Bernama berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menilai prestasinya sebagai Timbalan Presiden FAM selama ini.

"Saya meminta maaf kerana tidak memberi komen lanjut kepada media mengenai apa yang berlaku kerana perlu mendapat kebenaran bertulis daripada kongres FAM yang hanya bersidang dua atau tiga kali setahun," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya yang memberi sokongan padu selain tidak melanggar peraturan sepanjang perhimpunan aman hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 penyokong Annuar Musa di hadapan Wisma FAM hari ini tidak melibatkan tangkapan mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kira-kira 150 anggota polis berkawal di Wisma FAM sejak 1.30 tengah hari sehingga 7 malam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

klauz® said...

Ni dekat bebenar dengan ghumah saya :P x perasan pun

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget