WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, April 14, 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP MTQ DAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Ahmad Shakir bin Lazim, Timbalan Pegawai Pelajaran Kinta Utara diiringi oleh dif-dif kehormat.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT.

Yang Berusaha Encik Ahmad Shakir bin Lazim
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Aziz bin Mat Jais
Penolong PPD (Menengah)

Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara

Barisan panel hakim, 

Guru-guru seterusnya para peserta Majlis Tadarus Alquran dan Mahrajan kesenian Islam Peringkat Daerah Kinta Utara.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran kita  panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Ramhat dan Izin Kasih-Nya pada tengah hari ini kita telahpun berjaya melaksanakan  Majlis Tadarus  Al-Quran  dan Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Kinta Utara bagi tahun 2012. Bagi pihak jawatankuasa pengelola, majlis mengalu-alukan kehadiran  Encik Ahmad Shakir bin Lazim, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah  Kinta Utara bagi menyempurnakan Majlis  Penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain  untuk memimpin bacaan  doa.

Alhamdulillah bermula dari pagi tadi, sebanyaklima jenis pertandingan telah dilangsungkan dengan jayanya.  Pertandingan-pertandingan tersebut ialah nasyid, syarahan, tilawah, khat dan hafazan. Pertandingan –pertandingan yang dilangsuangkan adalah bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri Perak.

Hadirin hadirat yang dihormati

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Majlis dengan ini mempersilakan  Yang Berusaha Encik Ahmad Shakir bin Lazim untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha Encik Ahmad Shakir bin Lazim atas ucapan sebentar tadi.

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Shakir bin Lazim diiringi oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Mat Jais untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

(MC membaca keputusan)


Terima ksih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Shakir bin Lazim . Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan diharapkan kejayaan ini akanterus berpanjangan di peringkat negeri nanti. 

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa MTQ dan Mahrajaan Kesenian Islam Daerah Kinta Utara merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

cik chinta said...

urghhh...da lepas mtq. klo awal2 dpt teks ni. kompom guna.

honeychomel said...

Terima kasih daun keladi...

honeychomel said...
This comment has been removed by the author.
honeychomel said...

Terima kasih daun keladi...

eera kamaludin said...

tq...saya ambil

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget