WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 29, 2012

AIR MATA TUMPAH DI BUMI SENDIRI

Dengan ini Dewan memutuskan USUL Subsidi Perlu diteruskan DITOLAK. Seluruh penyokong STAR diam membisu, manakala penyokong Sekolah Seri Puteri bertepuk gembira menyaksikan serikandi-serikandi perwakilan Cyberjaya menjadi pemenang dalam pertarungan suku akhir bahas Bahasa Melayu HKSBP kali ke-39.

Apa nak dikata lagi. Perjuangan kami kali ini terhenti di peringkat suku akhir sahaja. Pedih memang pedih, perit usah dikata. Apatah lagi dengan reputasi sebagai juara bertahan menyaksikan kami tersungkur di bumi sendiri. Maka benarlah kata-kata "mempertahankan kejayaan lebih sukar dari mencapai kejayaan".

Kenangan 2011 sewaktu memenangi PPM

Buat semua penyokong, terima kasih kerana memberikan sokongan yang hebat kepada anak-anak muda ini. Kepada pembahas yang cikgu sayangi, Os, Black, Ahmad dan Amirul, anda tetap hebat walaupun kita gagal kali ini. Kepada semua yang menyokong dan membantu ; Bebet, Faizs, Acap, para 'juniors' terima kasih atas sokongan dan dokongan kalian. 

Nampaknya air mata kita tumpah di bumi sendiri..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

Mohamad Nasruddin said...

hmm betul la org ckp..nk pertahankan kejayaan itu jauh lebih susah dripada memenanginye...

babycomel said...

cuba lagi next time.. anak-anak STAR hebat,

faizal mohd said...

InshaALLAH ada rezeki tahun depan pulak. :)

gadisBunga said...

kesatlah airmata mu wahai adik adik... :)

chekgu Azam Aziz said...

owhhh, rupenye abg shah ni cikgu debat yer, bagus lah, ade peluang nak bekerjasama =)
apa2 pon tahniah buat anak didik abg shah ! insyaallah rezki Tuhan sentiasa ada =)

Zul Fattah said...

insyaAllah.. thun dpan ada la rezeki nk menang plak..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget