WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, May 1, 2012

DAPAT HADIAH ISTIMEWA PADA HARI PEKERJA

Walaupun sepatutnya hari ini Imanshah dan rakan-rakan semua bercuti dan berehat meraikan hari pekerja, namun kadang-kadang diri sendiri tak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang terlintas untuk dilakukan. Hari ini Imanshah mengadakan latihan hoki di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dari jal 8.30 hingga 1.00 petang.

Bukan nak cerita pasal latihan. Latihan tu biasa lah, pukul, tolak, taktikal, drill dan macam-macam lagi. Tapi yang nak Imanshah ceritakan hari ini Imanshah mendapat hadiah yang sungguh istimewa. Hadiahnya bola hoki terkena mulut. Sepantas kilat bola naik ke mulut. Sungguh tak terduga. Bibir bengkak, berdarah dari dalam kerana luka dan gigi ada sedikit goyang lah. Kalau goyang Inul tak apa lah juga, ini gigi goyang. Buat hati Imanshah pun rasa goyang. Bibir pun dah bengkak. Tapi tengok sekali elok juga, bibir persis Angelina Jolie. Menangis dia tengok nanti.



Apapun, inilah asam garam kalau terlibat dengan sukan. Tak kiralah apa jenis sukan pun. Redha jelah. Ingat sekali dah nak gantung kayu hoki, namun hati terasa sayang. Malam ni tak tahu macam manalah nak tidur, sakitnya Ya Allah, berdenyut-denyut sebab luka di dalam. Nak menelan nasi pun susah. 

Baiklah  kita jumpa lagi. Selamat menyambut Hari Pekerja !








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

dah resamnya begitu... main bola kena bola...main hoki kena bola hoki, masib baik tak kena kayunya... bawak2 le bersabar.. ^^

adrenalina said...

lorh...ni cikgu main jugak ker atau budak yang tersalah sasar bola??? hehehe

dee said...

ouh! sakitnyaaa

sara pedrosa said...

alahaii kesiannya..
hehee

hazlin nazri said...

adat menjadi guru...

Kalamhati said...

aloh la..huhu sakit tu..klu tak tahan keno gi klinik..

gadisBunga said...

kalau angelina jolie yang kene, mesti dia suka kan? hihihi.

dah baik ke belum tuh?

Aien Alien said...

rasanya hari ni dah ok kan? hati-hati sewaktu bersukan tapi kalau dah nak terkena nak buat macam mana kan...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget