WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 13, 2012

FESTIVAL HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012


Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat khususnya bagi warga masyarakat yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan.  Pada tarikh ini, negara kita akan menyambut perayaan Hari Guru dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk acara kemuncak yakni penganugerahan Tokoh Pendidik kepada calon yang dipilih.

Pada tahun ini, negeri Perak telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Dalam meraikan sambutan Hari Guru pada kali ini, Kumpulan Utusan menerusi Unit Pendidikannya telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menganjurkan Festival Hari Guru.


Dengan hasrat untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir ke festival ini sama ada dari luar Perak mahu pun di negeri Perak sendiri, Festival Hari Guru 2012 akan menampilkan konsep pertautan di antara ilmu dan pembangunan modal insan.

Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh pempamer-pempamer (exhibitor), permainan berasaskan pendidikan (edu-games), jualan buku-buku dan majalah dan sebagainya yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Untuk keterangan lanjut mengenai FEstival ini, anda semua bolehlah melayari http://www.adap.com.my/festival/





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Miss Lovouis said...

Teacher's day ! Huhu , sound great !
Salam kenalan sesama blogger ^__^
Jemput join ni , kalau sudi :
http://lovoiustory.blogspot.com/2012/05/segment-serious-follow-back.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget