WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 13, 2012

JELAJAH BAHAS KE IBU KOTA

Hujung minggu yang memenatkan tapi sangat bermakna. Semalam, Imanshah bersama pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah bertolak ke ibu kota bagi mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bahas dengan tiga buah sekolah. Kunjungan ini sebagai perlawanan pemanas badan sebelum menghadapi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang akan berlangsung pada 25-29 Mei 2012 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Justeru, sebagai tuan rumah seharusnya kami membuat persediaan yang rapi, apatah lagi pasukan bahas Bahasa Melayu merupakan juara bertahan Piala Perdana Menteri.


Aksi pembahas Bahasa Inggeris sewaktu mennetang Sekolah Menengah Sains  Alam Shah (ASIS). STAR bertindak sebagai kerajaan.


Para pembahas bergambar kenangan di hadapan lencana besar ASIS


Di sebelah petang, kami meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP K), iaitu satu kuasa besar dalam arena perbahasan. Di sini sekali lagi perlawanan persahabatan diadakan, dan Alhamdulillah, ada peningkatan yang ditunjukkan oleh ke dua-dua pasukan.


Kami mengakhiri siri jelajah bahas ke ibu kota dengan mengunjungi pasukan 'wanita' iaitu Sekolah Seri Puteri , Cyberjaya. Walaupun dalam keadaan kepenatan dan keletihan, namun perbahasan tetap berjalan dengan lancar dan sengit.

Alhamdulillah, sempurna juga hasrat untuk memulakan perlawanan pemanas badan dengan beberapa buah sekolah di ibu kota, dan kami sampai semula di Ipoh pada jam 2.00 pagi. Sekalung penghargaan buat guru-guru dan para pelajar ASIS, SMAP KAJANG dan SSP atas layanan dan sambutan yang baik sewaktu kunjungan kami. Kepada para pembahas STAR, semoga lawatan yang singkat ini memberikat seribu pengajaran buat anda. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Insyaalah
Dengan usaha yg gigih...akan berjaya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget