WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 20, 2012

KELANTAN JUARA PIALA FA


Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0, semalam.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58.


Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir.

Trofi tersebut melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim lalu.

Tambah manis, Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA yang diperkenalkan tahun ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini.

Kemenangan itu juga melengkapkan janji ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi untuk menghadiahkan trofi tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa terlaksana.

Trofi berkenaan juga boleh disifatkan sebagai amaran oleh jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang masih memburu kejuaraan Liga Super.

Bagi Sime Darby, walaupun tewas, tiada apa yang mahu dimalukan memandangkan skuad berstatus kelab itu mampu bertahan dengan baik sepanjang perlawanan. Hanya sepakan penalti Ghaddar menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir dinobat selaku Pemain Terbaik perlawanan akhir. Mengulas kemenangan semalam, Bojan mengakui pasukannya tidak beraksi pada tahap sebenar.

Namun, katanya ia tidak penting kerana pasukannya berjaya memenangi perlawanan walaupun hanya menerusi sepakan penalti.

"Bagaimana corak permainan ia tidak penting. Apa yang penting adalah kami menjulang kejuaraan.

"Rahsia kami dapat mengasak serangan lawan ialah kejayaan kami mengikat penyerang utama Sime Darby, Ronaldinho.

"Kemenangan kami juga membuktikan walaupun Sime Darby beraksi baik dalam Liga Perdana, tidak semestinya mereka mampu berbuat demikian pada final malam ini," katanya.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria tetap memuji pemain walaupun gagal mencipta kejutan sebagai pasukan kelab pertama yang memenangi Piala FA.

"Ya... Kami terima kekalahan ini. Namun saya tetap berbangga dengan apa yang pemain lakukan. Kami berbangga kerana berjaya mara ke perlawanan akhir.

"Kami juga tidak memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk muncul juara apabila mengikat mereka tanpa jaringan pada babak pertama," katanya.

SUMBER : UTUSAN






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget