WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, May 11, 2012

LIVERPOOL LANCARKAN JERSEY BARU



Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool FC semalam melancarkan jersi baru mereka oleh Warrior Sports bagi musim 2012/13 Liga Perdana Inggeris.

Menurut kenyataan rasmi kelab itu di liverpoolfc.tv, ia juga menandakan permulaan kepada perjanjian enam tahun bernilai 25 juta pounds (RM125 juta) setahun untuk LFC, sekali gus rekod terbesar dalam Liga Perdana.

Warrior Sports, adalah firma Amerika Syarikat (AS) yang mengambil alih dari adidas sebagai pembekal pakaian rasmi kelab berkuat kuasa 1 Jun ini.

Warrior adalah jenama yang dikenali di AS sebagai pengilang alat dan pakaian sukan bagi hoki ais dan dengan LFC, merupakan kontrak bola sepak terbesar pertama baginya.

Liverpool menjual kira-kira sejuta jersi di seluruh dunia setiap tahun dan kontrak bersama Warrior Sports adalah lebih dua ganda berbanding 12 juta pounds setahun yang dimeterai bersama adidas.

Gambar terkini jersi Liverpool itu boleh dilihat dengan melayari laman web rasmi kelab iaitu di http://www.liverpoolfc.tv/lfchomekit

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Gen2Merah said...

harap sentuhan Liverpool FC akan lebih menyerlah untuk musim depan...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget