WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU, CIKGU



Selamat menyambut hari guru buat semua guru-guruku di SK KELABORAN dan SMK TUMPAT, dan di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Jua buat rakan-rakan guru di SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH serta rakan-rakan yang telah berpindah. Buat semua guru di Malaysia. Andala Obor Hemah !

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 

melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 
ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 
menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas ilmu.

Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

cucu umie said...

selamat hari guru cikgu imanshah...

AZRUL AZMI said...

Selamat Hari Guru... Cikgu Imanshah...


Semoga sama-sama memperoleh reda Allah yang dicari...

LIPISLADY said...

Sallam,

'Selamat Hari Guru' buat Cikgu Imanshah, Jasamu tiada tandingannya, mendidik anak bangsa hingga berjaya.

Gen2Merah said...

selamat Hari Guru juga ya cikgu.. semoga kita menjadi warga pendidik yang cemerlang untuk anak didik bangsa...

kakcik said...

Assalamu'alaikum IS.

Selamat menyambut hari guru. :)

Hana Soffelia said...

Selamat Hari Guru Imanshah.

cheqna said...

selamat hari guru imanshah =)

kasihibu said...

selamat hari guru buat iman
semoga menjadi warga pendidik yg berjaya dan cemerlang

ummu said...

salam Iman Shah
selamat hari guru
semoga terus gigih mendidik anak bangsa
menjadi insan berguna
anak watanmu hari ini
adalah obor dan sendi negara
untuk beberapa generasi

sudilah kiranya
Iman shah menerima
ecard hari guru akak
http://www.myukhuwwah.com/2012/05/hari-guru-terima-kasih-cikgu-malaysia.html

wassalam
p/s; mesti Iman dapat banyak hadiah hari ni kan...

siti murni said...

selamat hari guru, imanshah :)

Qamaruls said...

selamat hari guru abang imanshah. haha

ISZA said...

Selamat ari guru dari cikgu untuk cikgu.. :)

Muhammad Adam bin Roslan said...

Selamat hari guru, cikgu

adrenalina said...

selamat hari guru! =)

Mohamad said...

Selamat Hari guru, semoga cg lebih bersemangat dalam mendidik anak bangsa..

Citarasa Rinduan said...

selamat hari guru cikgu iman

aleeyaqaisara said...

selamat hari guru,cikgu!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget