WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 24, 2012

AHMAD AIMAN MENGUKIR SEJARAH UNTUK DIRI, SEKOLAH DAN NEGARA

Petang tadi, seorang pelajar Imanshah, Ahmad Aiman bin Asmayatim telah pun berlepas ke Kota London untuk mewakili Malaysia sebagai salah seorang pemwa obor olimpik 2012. Ahmad Aiman, terpilih sebagai satu-satunya pelajar yang akan terlibat dengan larian obor olimpik.

Ahmad Aiman merupakan seorang pelajar yang aktif di peringkat sekolah. Beliau merupakan pembahas Bahasa Melayu, ahli Badan Dakwah dan Rohani, pemain ragbi serta Ahli Kelab Young Sport Leader (YSL).


Aksi Ahmad Aiman sewaktu menjadi Perdana Menteri dalam Pertandingan Bahas UIA.


Ahmad, paling kiri, melangkah optimis bersama rakan sepasukan.

Sebagai guru yang bertanggungjawab membentuk dan mengikuti perkembangan Ahmad Aiman terutamanya dalam pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR, Imanshah melihat potensi yang ada pada pelajar bertubuh kecil ini, tetapi memiliki jiwa yang besar. Ahmad memiliki pemikiran yang kritis dan anatikal sebagai seorang pembahas. Tahniah Ahmad Aiman, anda berjaya mengukir sejarah hidup yang hebat untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan negara anda. Semoga selamat pergi dan pulang !





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

blog-tips-kurus said...

pelajar smart ni. kenapa ragbi? senang nak melicik ye??

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

tahniah juga drp saya

gadisBunga™ said...

back to the teacher. awak cikgu hebat. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget