WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 7, 2012

CARDIFF CITY KINI BEWARNA MERAH


TAN SRI Vincent Tan akhirnya mengenepikan bantahan peminat setia kelab bolasepak Cardiff City dengan menukar jersi pasukan itu daripada biru kepada merah untuk musim akan datang.

Beliau juga turut menukar lencana kelab tersebut dari burung layang-layang kepada naga.
Naga adalah simbol untuk Wales di mana Cardiff City terletak.
Dengan keputusan untuk menukar maskot burung layang-layang kepada naga, kelab itu turut menukar gelarannya daripada 'Bluebirds' kepada 'the Dragons'.

Tan, yang setakat ini telah melabur £100 juta ke atas kelab itu pada mulanya menarik balik keputusan untuk menukar imej Cardiff daripada biru kepada merah selepas ia mendapat bantahan daripada para peminat setia kelab itu.
Bagaimanapun Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee mempertahankan keputusan muktamad untuk menukar warna rasmi serta logo kelab.
Saya sedar dan memahami akan adanya bantahan terhadap pertukaran ini tetapi kami berharap para peminat memahami akan niat sebenar di sebalik perubahan ini dan akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Cardiff City," ujarnya.
Beliau menambah, kelab ini akan tetap dikenali sebagai Kelab Bolasepak Cardiff City dan sebarang perubahan pada warna dan juga logo tidak sama sekali akan menukar semangat dan sejarahnya.
Vincent Tan dilaporkan inginkan warna merah kerana ia adalah warna yang membawa tuah kepada kepercayaan masyarakat Cina dan begitu juga dengan lambang naga.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

wandisini said...

perubahan yang dilakukan pasti akan mendapat bantahan ramai peminat cardiff. tapi rasanya perubahan dilakukan demi menjenamakan semual cardiff city

pena rozie said...

banyaknyer duit die melabur...

Zul Fattah said...

smart gak.. haha.. terbaik r.

Gen2Merah said...

wahh, hebat sungguh idea dia kan.... Merah dan Naga..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget