WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 10, 2012

EURO 2012 : JERMAN MULAKAN KEMPEN DENGAN KEMENANGAN KE ATAS PORTUGAL



Jerman memulakan kempen Euro 2012 dengan langkah kanan apabila menewaskan Portugal 1-0 di Stadium Arena Lviv pagi ini.

Bintang penyerang Bayern Munich, Mario Gomez menjadi pemusnah kepada harapan Portugal untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata apabila menjaringkan gol kemenangan Jerman pada minit ke-72.

Separuh masa pertama perlawanan menampakkan penguasaan Jerman dengan serangan demi serangan dilancarkan ke kubu lawan. Namun, tiada sebarang percubaan berbahaya yang mampu memecah benteng lawan.

Sebaliknya Portugal hampir memecah kebuntuan pada minit terakhir separuh masa pertama melalui rembatan kencang pertahanan kental, Pepe yang menggegar palang gol Jerman. Bola lalu melantun betul-betul di atas garisan gol sebelum kembali ke dalam kawasan permainan dan dikeluarkan pertahanan lawan.

Bermula separuh masa kedua, keadaan tetap sama di mana asakan Jerman ke kubu Portugal berterusan dengan pemain tengah, Sami Khedira dan Lukas Podolski banyak memainkan peranan.

Hasilnya, hantaran lintang Khedira dari sebelah kanan padang tepat menemui Gomez yang bijak melepasi kawalan Pepe sebelum melonjak tinggi untuk menanduk bola ke kiri gawang Portugal menewaskan penjaga gol, Rui Patricio.

Minit ke-77, Gomez sekali lagi berpeluang mencetak nama sebagai penjaring namun hantaran silang rendah dari sebelah kanan padang oleh Thomas Müller gagal dijangkau biar pun telah cuba merebahkan badan.

Selepas itu, Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan seakan tersedar dari lena. Serangan bertali arus dilancarkan dengan salah satunya melibatkan sepakan lencong Nani dari luar kotak penalti yang sekali lagi mengenai palang gol pada minit ke-84.

Empat minit kemudian penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menjadi penyelamat apabila meluru keluar setelah berdepan satu sama satu dengan pemain gantian Portugal, Nelson Oliveira untuk menampan bola tolakan pemain itu dari dalam kotak penalti. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget