WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, June 16, 2012

EURO 2012 : PERANCIS TEPATI RAMALAM TEWASKAN UKRAINE 2-0



Dua gol jaringan pemain tengah, Jérémy Menez dan Yohan Cabaye membantu Perancis menepati ramalan ramai untuk menewaskan Ukraine 2-0 di Stadium Donbass Arena awal pagi ini.

Perlawanan itu pada mulanya terpaksa ditangguhkan hanya setelah lima minit berlangsung ekoran hujan lebat dan petir selain permukaan padang licin yang membahayakan keadaan.

Sebaik perlawanan bersambung, Karim Benzema tidak menunggu lama untuk mempamerkan kebolehannya menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti. Namun penjaga gol lawan, Andriy Pyatov tenang menampan sebelum mendakap bola daripada membolosi gawang.

Pyatov sekali lagi bertindak cemerlang apabila meluru keluar bagi menampan bola rembatan Jérémy Menez dari dalam kotak penalti setelah pemain tengah itu berjaya menyambut hantaran cantik Franck Ribéry pada minit ke-26.

Minit ke-34, kapten Ukraine, Andriy Shevchenko menampakkan betapa dia masih perlu diberi perhatian pada usia 35 tahun apabila mengawal bola dengan baik melepasi pemain pertahanan lawan sebelum merembat deras ke arah pintu gol Perancis. Penjaga gol, Hugo Lloris bagaimanapun pantas meluru keluar bagi menepis bola itu sekali gus menghampakan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

13 minit babak kedua berlangsung, Menez membuka jaringan menerusi rembatan rendah kaki kiri dari penjuru kiri kotak penalti lawan yang gagal dijangkau Pyatov biar pun telah merebahkan badannya.

Tiga minit berselang, gandingan Menez di bahagian tengah, Yohan Cabaye menambah resah penyokong tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua juga melalui rembatan leret kaki kiri dari dalam kotak penalti.

Cabaye sekali lagi berjaya menewaskan Pyatov menerusi rembatan deras pada minit ke-65. Bagaimanapun bola sekadar singgah di tiang gol sebelah kiri lawan sebelum kembali melantun ke dalam kawasan permainan dan diselamatkan pemain tuanrumah.

Seakan berputus asa, Ukraine tampak longlai dengan asakan demi asakan dilakukan Perancis. Sayangnya skuad bimbingan Laurent Blanc gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang terhidang.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget