WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 14, 2012

EURO 2012 : PORTUGAL TEWASKAN DENMARK 3-2



Portugal berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Euro 2012 apabila menundukkan Denmark 3-2 dalam perlawanan kedua Kumpulan B di Arena Lviv, seterusnya menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan suku akhir.

Naib juara 2004 itu mendahului melalui tandukan menarik Pepe pada minit ke-24 hasil sepakan penjuru Joao Moutinho. Portugal melebarkan kedudukan pada minit ke-36 menerusi gol kedua jaringan Helder Postiga selepas menerima hantaran Nani.

Tersentak dengan dua jaringan awal, Denmark yang sebelum ini mengalahkan Belanda 1-0 pada perlawanan pertama, bangkit menerusi tandukan Nicklas Bendtner empat minit sebelum separuh ma sa pertama tamat.
Skuad bimbingan Paulo Bento mampu untuk menambah gol ke tiga melalui ketua pasukan Cristiano Ronaldo pada minit ke-78 hasil lorongan menarik Nani namun pemain Real Madrid itu gagal menewaskan penjaga gol, Stephen Andersen walaupun berdepan satu lawan satu.

Sebaliknya, Danish Dynamite berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi melalui Bendtner pada minit ke-80 hasil hantaran lintang Lars Jacobsen walaupun cuba di halang pemain pertahanan Portugal, Pepe.
Perlawanan yang seakan berakhir dengan keputusan seri berubah selepas pemain gantian Portugal, Varela berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 hasil rembatan kaki kanan.

Portugal begitu terdesak untuk mencari tiga mata selepas mereka tewas pada perlawanan pertama 0-1 ketika bertemu Jerman minggu lepas.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget