WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 17, 2012

IDC 2012 : MOMENTUM KEMENANGAN DI PUSINGAN PERTAMA

Interschool Debating Championship 2012 kembali lagi. Pertandingan debat sekolah-sekolah Malaysia ini merupakan pertandingan debat paling berprestij di Malaysia apabila menemukan semua jenis aliran sekolah di Malaysia termasuklah Sekolah Berasrma Penuh , Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama, Sekolah Harian dan Sekolah Swasta. Kami hadir pada tahun ini untuk menebus kekecewaan tahun 2009 dan 2010 apabila tewas di pentas final kepada SM Islam Hidayah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). 

Alhamdulillah, hari pertama pertandingan telah memperlihatkan kejayaan yang agak baik kerana momentum kejayaan masih dalam genggaman. Kami berjaya mengharungi empat perlawanan pusingan pertama dengan jayanya tanpa tewas.


Menunggu bas untuk di bawa ke tempat pertandingan.


Perbincangan dalam bilik kuarantin. 


Antara aksi sewaktu perlawanan perbahasan.

Keputusan pertandingan melibatkan STAR pada hari pertama.

1. STAR vs Maktab Mahmud 
Usul : Dewan Ini Percaya, Sudah Tiba Masanya PTPTN Dimansuhkan
Pemenang : STAR (Pembangkang)
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)
Margin : 4

2) STAR vs SM Sains Banting
Usul : Dewan Ini Percaya, Program Realiti TV Harus Diberhentikan Serta Merta
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)
Margin : 3


3) STAR vs Asrama Yayasan Selangor

Usul : Dewan Ini Mencadangkan Penubuhan Sekolah 1Malaysia Demi Perpaduan
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)
Margin : 3



4) STAR vs Maktab Sains Mara Alor Gajah

Usul : Tidur Sebantal, Mimpi Lain-lain
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Pembahas Terbaik : Amirul Rosli (STAR)
Margin : 2











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget