WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 3, 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP HKSBP KE-39




Mengumumkan ketibaan Ybhg Dato’ Sri Abd Ghafar bin Mahmud , Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia diiringi oleh dif-dif kehormat.


Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu “Negaraku”


Para hadirin dipersilakan duduk.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.


“ SOLUTATIONS”

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di  Stadium Indera Mulia Ipoh ini  bagi menjayakan Majlis Penutup Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Kali ke-39 tahun 2012. Bagi seluruh warga Sekolah Berasrama Penuh, majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke majlis kita pada tengah hari ini. Selamat datang juga diucapkan kepada dif-dif kehormat serta hadirin hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.  Alhamdulillah, setelah berkampung selama lima hari empat malam di bumi Ipoh,  maka Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke -39 yang menghimpunkan ribuan warga SBP telahpun hampir melabuhkan tirainya.


Hadirin-hadirat yang berbahagia,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain  untuk meminpin bacaan  doa


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi.


Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Pengelola HKSBP ke-39.  Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul karim atas ucapan sebentar tadi.


Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah Kecemerlangan. Untuk itu dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Rosland Bin Hussein untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Rosland Bin Hussein atas ucapan sbentar tadi.


Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutupan HKSBP ke-39 oleh tetamu kehormat. Untuk itu Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Ghaffar Bin Mahmud untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia  Dato’ Sri Abdul Ghaffar Bin Mahmud atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin yang berbahagia

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Sebelum itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia  Dato’ Sri Abdul Ghaffar Bin Mahmud  diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Rosland bin Hussin untuk menyampaikan hadiah.

JURUACARA MENGUMUMKAN KEPUTUSAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Sri atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Rosland bin Hussin untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada tetamu kehormat.

 Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Hadirin sekalian, sekarang marilah sama-sama saksikan persembahan Tuan Rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke -40 tahun 2013, Sekolah Menengah Sains Selangor. Persembahan ini merupakan persembahan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran seluruh warga SBP ke Sekolah Menengah Sains Selangor pada HKSBP ke 40 tahun 2012. Dipersilakan

Dengan berakhirnya persembahan tuan rumah HKSBP ke-40 sebentar tadi maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Pertemuan dan ukhwah selama 5 hari 4 malam di bumi ipoh ini akan terpisah buat sementara dan Insyaallah kemesraan yang terjalin di sini akan terus berpanjangan.

Ucapan  tahniah ditujukan kepada sekolah-sekolah yang mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang sempena HKSBP pada tahun ini.

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.



Bagi pihak Pengelola HKSBP kali ke-39, ampun Dan maaf kami pinta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang kejohanan ini diadakan.

Kami juga mendoakan agar hadirin sekalian selamat sampai ke destinasi masing-masing dan menjadikan HKSBP bagi tahun 2012 ini sebagai HKSBP terbaik dalam sejarah.

Sekian , Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualikum WBT.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget