WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 1, 2012

AHMAD AIMAN BAWA OBOR OLIMPIK



Semalam adalah hari bersejarah bagi Ahmad Aiman Asmayatim, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, ketika menyambut obor dalam larian obor Sukan Olimpik 2012 di sini.



Dia antara 20 anak muda dari 20 negara yang dipilih dalam larian berkenaan dengan kumpulannya adalah yang kedua membuat larian di sepanjang jalan di Nottingham menuju pusat bandar. Orang ramai berkumpul di sepanjang jalan memberi tepukan dan sorakan dalam suasana karnival serta berakhir dengan persembahan di pusat bandar ini. Kumpulan Aiman termasuk wakil dari Pakistan, Azerbaijan, Zambia dan Brazil. 

Saya tak pernah bayangkan akan terbabit dalam acara Olimpik ini. - Ahmad Aiman Asmayatim, Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman



“Perasaan seronok, tak tahu apa nak kata. Seperti sudah berada di puncak. Saya tak pernah bayangkan akan terbabit dalam acara Olimpik ini,” kata Aiman selepas larian itu.

Aiman, 16, dipilih sebagai pembawa obor Olimpik menerusi Program International Inspiration berikutan pembabitan aktifnya dalam program kepemimpinan sukan di sekolah.

Namun, tidak mudah baginya untuk menjadi pelari pembawa obor. Dia terpaksa melalui beberapa peringkat tapisan dan ditemuduga oleh British Council, di Malaysia sebelum dipilih.
Teing Tai Chee, guru Sekolah Menengah (J) Kebangsaan Shing Chung yang menjadi pengiring Aiman, berkata sifat kepemimpinan pelajar itu memang terserlah, bijak berkomunikasi serta kelihatan sangat matang.

Aiman yang bercita-cita menjadi penyiasat adalah penolong kapten pasukan bahas Bahasa Melayu sekolahnya. Dia mempunyai cara pemikiran kritikal dan analitikal yang membantu kejayaan pasukannya.

Aiman akan pulang membawa seribu kenangan yang akan memberi dorongan kepadanya untuk terbabit dalam aktiviti memupuk perpaduan antara kaum di seluruh dunia.
“Saya tak tahu apa perasaan ibu bapa, tetapi nenek kata saya membanggakan keluarga dengan pembabitan dalam Olimpik ini,” katanya.

Walaupun Aiman hanya akan mengikuti acara Olimpik menerusi televisyen, dia mendoakan kejayaan atlit Malaysia kelak. “Berjuanglah bersungguh-sungguh demi negara dan harap kita bawa balik pingat tahun ini,” katanya yang berlepas pulang, malam tadi.

Ini adalah petikan berita harian bertarikh 30 Jun 2012. Sebagai guru yang membimbing pasukan bahas bahasa Melayu STAR, saya turut berbangga kerana dia tidak lupa membawa nama pasukan bahas BM walau kemana beliau pergi..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

dee said...

bangga. tahniahh! :)

Azham Vosovic said...

hehe....jeles sbb anak murid tu berjaya mengharumkan nama sekolah huhuhuhuhu...dan cikgunya sekali....

gadisBunga™ said...

saya nak tumpang berbangga boleh?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget