WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 17, 2012

TELEFON BIMBIT, iPAD DIBENAR BAWA KE SEKOLAH MULAI TAHUN 2013



PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

::FAIZ:: said...

bdk main ipad je la kat klas, cikgu mngajar buat tak tau....

abu muaz said...

ada baik dan buruknya....
tapi byk buruknya barangkali

azwa amani said...

setiap tindakan ada pro dan kontranya.. :)

the malay male said...

cikgu mengajar kat depan, dia duk ber-sms kat belakang... huhu

mizmarmalade said...

kurang bersetuju sekiranya perkara ini dilaksanakan.. Lebih byk mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.. huhu

adol ihsan said...

Salam ..

Wifi kat sekolah kena lagi laju la pasnie.. haha .. :)

DanieL AdiE said...

Boleh implement..tetapi perlu ada batas2 penggunaanya..

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

dilarang pun mereka bawa ke sekolah,
ada garis panduan, tentu mereka langgar...pening lagi cikgu2


Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak

che mid said...

budak-budak sekarang.. cikgu tak terikut dah...tapi nak biarkan saja pun tak boleh.. memang cabaran besar..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget