Hari ini sudah masuk hari ke 22 kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bermakna hanya tinggal lebih kurang seminggu umat Islam bakal menyambut Aidilfiri. Di sekolah, Imanshah ada tugasan baru dekat-dekat raya ni. Tak palah, anggap sahaja sebagai satu kerja amal untuk warga sekolah. Pihak koperasi diberi tugasan untuk menjual kad raya dan mengeposnya di pejabat pos. Sementelah sebagai pengurus koperasi, Imanshah kenalah ambil tanggungjawab ini berdasarkan moto koperasi "Memberi Perkhidmatan Terbaik Untuk Ahli".
Mula-mula Imanshah nak tunjukkan kad raya sekolah Imanshah. Cantik tak? Kami ambil gambar ni ramai-ramai pada minggu pertama raya. Harganya tak mahal, RM 1.50 sekeping sahaja. Dengan paparan gambar yang jelas, rekabentuk yang menarik dan bermutu, rasanya berbaloi untuk warga sekolah membelinya.
Inilah gambar yang kami ambil tempoh hari. Warga pendidik di barisan hadapan, manakala para pelajar di belakang. "Teamwork" yang hebat.
Inilah bentuk kad raya kami. Yang atas tu muka hadapan, manakala yang bawah tu bahagian dalam kad. Cuba cari mana satu Imanshah.
Kemudian, setelah menjualnya dengan membuat promosi dari kelas ke kelas. Para pelajar akan menghantarnya semula ke koperasi untuk diposkan. Hehe, bermulalah kerja sebagai jurupos. Menampal setem dan menghantar ke pejabat pos.
Semoga kad-kad raya ini akan sampai ke destinasi. InsyaAllah !
7 GENTA RASA:
weeee ~
bestnye !
kad raya pon cantik ! ^^
waduh...bila last time aku terima kad raya pun aku dah tak ingt..lamo benar rasanya...
budumasin.com
bestnyee ada service pos..hehe
cantik sangat..
idea yang bagus dan kreatif (:
Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.
NAK JUGA!
Saja tulis huruf besar....
:-)
nice!!
bergmbar 3 segi..
ramai sgt org, xdpt nk kenal pasti mana 1 imanshah
Takde orang ke sudi nak hantar ke saya satu..?
Tsk tsskkk.
Post a Comment