WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 3, 2012

PENDEBAT "IN THE MAKING"

Assalamualaikum WBT dan selamat menunaikan kewajipan di bulan ramadhan. Alhamdulillah, kita telah bersama berada pada Ramadhan yang ke-13, bermakna dalam tempoh dua minggu lagi seluruh umat Islam akan merayakan hari kemenangan, InsyaAllah.

Semenjak dua menjak ini, tugasan di sekolah semakin bertambah dan kadang-kadang membawa ke malam. Imanshah mohon maaf kerana tidak dapat lagi menulis perkongsian yang menarik seperti mana dahulu, apatah lagi menziarahi blog rakan-rakan. Sekarang selain dari berperang dengan peperiksaan percubaan SPM dan Ujian Selaras Tingkatan Empat, Imanshah juga bersama Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR sedang bertungkus lumus menganjurkan Pesta Bahas 2012.

Hujung-hujung tahun sebegini semestinya Imanshah perlu untuk mencari bakat-bakat baru dalam arena perbahasan untuk mengambil tempat pembahas-pembahas senior. Alhamdulillah KDBM STAR tidak pernah ketandusan dalam melahirkan pembahas-pembahas yang hebat. Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan perancangan strategik, dan segala-galanya tampak berjalan dengan lancar apabila segala perangcangan berada di landasan yang tepat.

Imanshah sertakan beberapa keping gambar sebagai perkongsian untuk tatapan para pengunjung HOK SENGOTI. Berkongsi saat-saat hujah diberikan, bidasan disampaikan dan kes ditegakkan. 


Kuarantin setengah jam setelah usul dikeluarkan.


Salah satu aksi pembahas tingkatan satu.


Sabar menanti keputusan


Semangat memohon izin laluan


Para penyokong membawa sepanduk menyokong pasukan masing-masing. Peace !!!!


Imanshah bergambar kenangan bersama AJK dan juga para pembahas yang mengambil bahagian.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget