WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 15, 2012

PLUS: REBAT 30 PERATUS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN MERDEKA



KUALA LUMPUR – PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
“Rebat tol terbabit diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
“Ia adalah satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak.
Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
“Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari.
“PLUS menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik bagi mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat,” katanya.
Noorizah berkata, rebat tol itu bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang. – BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

dee said...

ckgu blik raya mana?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget