WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 11, 2012

ANDY MURRAY JUARAI GRAND SLAM PERTAMA US OPEN 2012



Andy Murray  berjaya  menjuarai   Grand Slam yang pertama dalam keriernya  apabila berjaya menjuarai kejohanan  US Open 2012 setelah menewaskan penyandang juara Novak Djokovic dari Serbia   7-6 (12/10), 7-5 2-6, 3-6, 6-2dalam aksi final yang mendebarkan.


Kejayaan  ini menjadikan Murray pemain tenis  Inggris pertama yang merebut trofi Grand Slam sejak Fred Perry merangkulnya pada tahun 1936.

Murray yang hanya muncul naib juara Grand Slam empat kali sebelum ini membawa pulang hadiah wang tunai bernilai  USD1.9 juta.

Pemain tenis berusia 25 tahun ini yang juga merupakan jura Olimpik London 2012 ini juga muncul sebagai pemain tenis    pertama sejak John McEnroe yang berjaya memenang dua set pertama di final, kemudian tewasdi dua set berikutnya dan kembali menang di set kelima untuk merebut kejuaraan  US Open. 


Dalam bahagian wanita, Serena Williams memenangi kejohanan Grand Slam berturut-turut buat kali pertama sejak dia melengkapkan 'Serena Slam' dan selepas halangan yang menimpanya dua tahun lalu, dia kini berhajat untuk memecah beberapa rekod pula.

Williams yang mengalahkan pemain No. 1 dunia, Victoria Azarenka 6-2, 2-6, 7-5, semalam untuk merangkul mahkota kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat buat kali keempat, turut muncul pemain kedua tertua memenangi dalam era kejohanan Terbuka pada usia 30 tahun.

Kemenangan itu juga merupakan gelaran Grand Slam ke-15 untuknya, hanya tujuh lagi bagi menyamai rekod sepanjang zaman Steffi Graf.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

berat tak piala dia tu

Syazwan Che Deraman said...

Hhmmm..kalah jugak novak

Gen2Merah said...

kecwa x dpat tengok federer d final

Zul Fattah said...

Pro jugak r murray..? nadal, novak, federer smua dia tibai..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget