WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, September 19, 2012

BUMI KLANG DITAWAN, LEGASI KECEMERLANGAN DITERUSKAN

Dengan juri 6-1, margin 2.67, Usul "Penghayatan Kemerdekaan Semakin Pudar" Ditolak. Dengan ini johan disandang oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

Begitulah antara bait-bait pengumuman yang telah dibuat oleh pengacara majlis semalam. Alhamdulillah kemenangan untuk kali ke -tiga pasukan debat Bahasa Melayu STAR dalam lima kejohanan yang disertai untuk musim 2012. Masih segar kejayaan dalam Debat MUSLEH dan Debat Koperasi, kini Allah menganugerahkan pula kejayaan dalam Kejohanan Debat dan Pidato Yayasan Selangor 2012 yang berlangsung di Asrama Yayasan Selangor, Klang. Hanya itu yang mampu diungkapkan.

Tahun 2012 begitu bermakna untuk KDBM STAR walaupun gagal untuk mempertahankan Piala Perdana Menteri, namun rezeki kami ada di tempat lain. Sekalung tahniah buat semua pembahas, Dinie, Ahmad, Amirul dan Fayyaz. Tanpa kalian kejayaan bermakna ini tidak akan dapat direalisasikan.

Cuma satu pesanan,  Andai sudah di langit,jangan lupa rumput dibumi.  Andai sudah jelajah lautan, jangan lupa masih ada daratan.  Andai tinggi diawan, jangan lupa ditanah tempat mencari makan. Andai rasa sempurna, jangan pernah menghina. Andai bijak bicara, jangan persoal kuasa Pencipta. Kepada pendebat-pendebat muda yang masih dalam proses membina keyakinan dan kematangan, cikgu berharap legasi kecemerlangan ini kita pertahankan. 


Tersenyum puas membawa pulang piala pusingan dari Selangor ke Perak.


Majlis Makan Malam Malam. Pasukan senior dan junior.


Wajah-wajah yang akan mengambil tempat pendebat senior nanti.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Azzam Yani said...

salam...power la usul camni pun boleh bangkang n menang...tahniah kdbm star..:)

jemi Arifin said...

hebak2 budak loni

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget