WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 8, 2012

CIKGU MEMANG TERUK KAN ?


Sekadar berkongsi satu blog yang saya kira dah didelete pun entri nya. Maklumlah saya juga pendidik dan dalam masa yang sama blogger.



Assalamualaikum


Entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 

Kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"Eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

Betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. Gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. Cuti berlamba dan kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. Cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Nurul Faiz Bikers said...

Guru juga manusia biasa. Punya kehendak dan kemahuan sendiri. Macam saya merupakan guru Prasekolah. Kebanyakan murid-murid yang pertama kali belajar di kelas pra tidak kenal huruf. Saya rasa semua guru pon mahu melihat anak didiknya berjaya. Kerana apa? Kerana tanggungjawab. Saudara seolah-olah menyalahkan guru bagi setiap perkara. Tahukah saudara apa yang berada di lubuk hati seorang guru itu? Adakah dengan hanya melihat sahaja saudara sudah dapat membuat kesimpulan tentangnya? Ya, memang saya tak nafikan ada sebilangan guru yang berperangai begitu. Manusia tidak sempurna. Guru juga manusia. Yang tidak pernah terlepas untuk melakukan kesilapan. Bagi saya, saudara tidak patut berkata begitu. Janganlah melemahkan semangat kami untuk terus berjuang mendidik anak bangsa. Jika ada guru yang tidak ikhlas mengajar, itu antara guru tersebut dan DIA. DIA yang lebih mengetahui apa sebenarnya yang terbuku di hati seorang manusia. Biar DIA yang menghukum, dan apa hak saudara untuk menilai kami?

Hmm... saya minta maaf sekiranya kata-kata saya agak kasar dan saya tidak bermaksud begitu. Saya cuma terkilan dengan sikap segelintir manusia yang tidak henti-henti menyalahkan guru di dalam apa jua perkara.

alin said...

BILA KACANG DAH LUPAKAN KULIT...

hazlin nazri said...

apa apa aje.. hanya jauhari yg mengenal manikam

IMANSHAH said...

@Nurul Faiz Bikers

ouh ini bukan posting saya, saya hanya ambil sahaja untuk berkongsi

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

suami saya cikgu, dengan kos hidup semakin tinggi tak salah cari rezeki lebih.. semuanya bergantung pada hati kita sebagai manusia biasa tak bleh menilai org lain kecuali Allah swt

ckLah @xiiinam said...

Minggu lepas, ada kawan baca entri ni di bilik guru. Dan, pastilah....ramai menunjukkan reaksi marah.

Pada ckLah yang sudah 21 tahun menjadi guru, mudah saja.

Jurutera muda ini, menulis dari sudut pandangan dia. Dan tentunya dari pengalaman dia. Maknanya, tentang cikgu dia. Dan maknanya lagi, memang ada guru seperti yang disebutkan itu....sebab dia dah tengok. Tapi...yang pasti, itu bukan kita. Ayat lain, kita bukan cikgu yang dimaksudkan kerana kita bukan macam tu.

Ayuh...
Kita teruskan tugas kita.
Jangan alah dengan segala sesuatu yanh seperti ini. Jangan mati dengan pandangan pandangan yang berbau begini. Kesimpulannya, bak kata budak budak muda sekarang, 'Jangan ambil pot'
Kan!

ISZA said...

Untung.. memang untung saper yg jd cikgu..
Untung dunia.. untung akhirat..
InsyaAllah..
Yang tak untung hanya orang yang x mengenang budi..
;)

Nur Fauzi Bassar said...

Masih ada yang tak puas hati isu ni. ada juga yang menyokong dan sependapat dengan blogger itu.

ckLah @xiiinam said...

@ckLah @xiiinamdan sambung lagi...
Dia menulis dari sudut pandangan dia, kerana dia bukan cikgu, dan dia tidak tahu dunia cikgu yang sebenar. Takat tengok dari luar saja...

Betul tak cikgu muda?
Hehehe...

(tanya pulak ckLah ni, entah Syah baca entah tidak pun...hehehe)

Kalamhati said...

hehehehe (gelak panjang jap)..no komen. mai la ghasa jadi cikgu jap.. kesian cikgu2 dia..punya anak murid yg tak kenang budi

Dinas Aldi said...

Setuju dengan CkLah.

Dan tak payah layan la orang macam tu, buang karan ja.

Norsha said...

Assalamualaikum cikgu.....!

Tuan Izwadi said...

Bgs cklah..jgn dihirau org mudi mcm tu. Sy pun engineer dn adakah semua engineer bt keje engineering je?xde la girl..kehidupan skrg mencabar n koa hdp tinggi.xslh cikgu bt bisnes..mybe si penulia ni kecewa xdpt jd cikgu. Nsb baik dia dh minta maaf.. Kpd semua cikgu, teruskn perjuangan anda..

Tuan Izwadi said...

Bgs cklah..jgn dihirau org mudi mcm tu. Sy pun engineer dn adakah semua engineer bt keje engineering je?xde la girl..kehidupan skrg mencabar n koa hdp tinggi.xslh cikgu bt bisnes..mybe si penulia ni kecewa xdpt jd cikgu. Nsb baik dia dh minta maaf.. Kpd semua cikgu, teruskn perjuangan anda..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget