WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 8, 2012

DEBAT, KISAH INDAH KITA


14 Julai 2011, setahun yang lepas, saat manis yang kekal terpatri kemas di benak fikiran. Laungan ROUSE UP bergema di PICC apabila Sekolah Tuanku Abdul Rahman berjaya menoktahkan penantian selama 15 tahun untuk bergelar juara Bahas Piala Perdana Menteri. Itu kisah setahun yang lepas, kisah debat, satu kisah indah untuk dikenang.

Esok, Piala Perdana Menteri akan mencari persinggahan baharu selepas setahun berkelana di bumi Ipoh. Dua buah sekolah tersohor, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Dato' Abdul Razak akan bertembung sesama sendiri bagi membuktikan siapa yang paling layak mendakap erat piala kebanggan seluruh warga Sekolah Berasrama Penuh.

Saya doakan yang terbaik untuk ke dua-dua sekolah. Cyberjaya juga dekat di hati, hubungan yang sentiasa baik dengan warga debat SSP khususnya Kak Hali, Ezzah, Seri, Edda memang tidak dinafikan. SDAR juga punyai sejarah hebat dalam arena perbahasan, dan sentiasa menjadi "rival" terbaik buat STAR. Cikgu Mad, Kak Aisyah,  serta Talhah, Luqman, Syahmi  membesar dalam arena debat menjadi pembahas-pembahas yang hebat  dan sering bertembung dalam banyak kejohanan debat sekolah-sekolah.

Jauh di sudut hati, masih ralat dan sedih atas kegagalan mempertahankan Piala Perdana Mentri, apatah lagi pusingan awal diadakan di bumi sendiri. Redha dan tidak putus berusaha. Insya Allah STAR tidak tandus memiliki pendebat yang mampu menggegar, Ahmad, Dinie dan Black, kita tidak akan pernah mengenal erti kekalahan, usaha kita teruskan, moga piala ini akan kembali ke bumi ipoh 2013 nanti. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Azzam Yani said...

STAR akan terus cemerlang insyaAllah..dont give up cikgu and hexa family!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget