WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 4, 2012

HASHIM SANAWI MENANG PINGAT PERAK PARALIMPIK LONDON



Pemanah elit paralimpik negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik London apabila meraih pingat perak, semalam.

Pada saingan akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack dekat sini, Hasihin tumpas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali dalam pusingan penentuan selepas kedua-dua pemanah itu terikat 5-5 selepas lima set.

Turut menyaksikan kejayaan cemerlang Hasihin ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Paralimpik London, Datuk Zolkples Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Shapawi Ismail; Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPM Datuk Zainal Abu Zarin.

"Saya memang tidak fikir apa-apa... syukur kepada Allah atas kejayaan pingat perak ini.
"Pencapaian ini adalah yang terbaik sepanjang setahun saya melibatkan diri dalam sukan memanah.
"Saya tidak pernah bertemu dia (Oscar) sebelum ini, jadi saya hanya fokus dan cuba memberikan saingan yang terbaik," katanya.

Hasihin berkata, beliau juga gembira kerana berjaya melunaskan impian bekas pemanah elit paralimpik negara, Allahyarham Mohd. Salam Sidik untuk mengalahkan pemanah Iran, Ebrahim Anjbarkivaj dalam saingan separuh akhir.

"Saya ingat lagi arwah pernah kata dia hendak kalahkan pemanah Iran itu suatu hari nanti. Saya pegang kata-kata arwah itu dan bila berjumpa Ebrahim, saya berjaya kalahkan dia," kata pemanah berusia 27 tahun itu yang pertama kali beraksi di Sukan Paralimpik.

Allahyarham Mohd. Salam yang meninggal tahun lepas, semasa hayatnya berada pada ranking kedua dunia, tumpas kepada Ebrahim pada Sukan Para Asia di Guangzhou, China pada 2010.
Terdahulu pada saingan separuh akhir hari ini, Hasihin yang turut terikat dengan kedudukan 5-5, berjaya melepasi pusingan penentuan apabila memperoleh 10 mata berbanding Ebrahim yang hanya meraih lapan mata.

Hasihin akan meneruskan cabaran negara dalam acara berpasukan bersama Zulkifli Mat Zain dan Mohd. Zafi Rahman Mat Salleh pada Sukan Paralimpik. - Bernama

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget