WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, September 26, 2012

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SUKAN GRED 29 – 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
JURULATIH SUKAN GRED 29 – 44 (JAWATAN TERBUKA)
DI SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 – 44 ( Jawatan Terbuka ) di Sekolah Sukan Negeri Perak.

  1. Kekosongan jawatan adalah untuk jawatan Jurulatih Sukan bagi permainan berikut :

2.1          Bola Sepak
2.2          Olahraga
2.3          Sepaktakraw
2.4          Hok
2.5          Bola Jaring
2.6          Boling Tenpin

  1. Faedah Kerja :
Pegawai yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 – 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima:

Gaji Peminjaman  =  Emolumen digred jawatan hakiki pegawai + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai. ( Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 : Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap )

  1. Cara Memohon :

4.1          Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing mulai 27 September 2012

4.2          Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui  Ketua Jabatan kepada Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

4.3          Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

4.4          Tarikh tutup permohonan pada 12 Oktober 2012

Catatan :

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget