WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 2, 2012

MERDEKA RAYA SEKOLAH BINTANG

Pada tanggal 30 Ogos 2012 yang lepas, di Sekolah Bintang telah berlangsung majlis Sambutan Aidilfitri dan Malam Ambang Kemerdekaan ke -55. Majlis ini merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan secara gabungan dua majlis. Alhamdulillah, Panitia Sejarah telah diberi penghormatan untuk menganjurkan majlis disamping bantuan daripada Kelab Guru. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis pada malam tersebut. Antara tetamu kenamaan yang turut harir ialah Yang Berusaha Tuan Abdul Ghani bin Mohd Niza, Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Berikut merupakan corat-coret sepanjang malajlis berlangsung.


Pentas yang dihias indah mewakili dua majlis yang berbeza. Disebelah kiri simbolik majlis ambang merdeka, manakala di sebelah kanan majlis hari raya Aidilfitri. Ketika ini belum diletkkan lemang dan juga kuali.


Antara ratusan pelajar yang hadir lengkap berpakaian baju melayu.


Seperti biasa, jawatan tetap dan berpencen , pengacara majlis. Kelihatan seperti saya sudah gumuk. Oh tidak, baju sahaja yang besar.


Sedang menikmati juadah hari raya yang disediakan termasuklah lemang, sate, ais kacang, nasi goreng, popia, rendang dan bermacam-macam lagi.


Putera-putera merdeka bergambar kenangan bersama guru tercinta.


Antara tetamu yang hadir termasuklah Tuan Haji Yusuf Ahmad, batch pertama Sekolah Bintang


Saling bermaaf-mafan sesama kita agar dimaafkan segala dosa.


Bersama hadiah cabutan bertuah. Ingat S. Jibeng tadi.


Antara persembahan dari para pelajar mendendangkan lagu-lagu raya.


Para pembantu yang setia bergambar kenangan selepas berakhirnya majlis


Teman dan anak buah bergaya di atas pentas selepas majlis.

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget