WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, September 10, 2012

PESTA BAHAS 2012 DALAM KENANGAN

Sebagai jurulatih Debat Bahasa Melayu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, saban tahun apabila tiba waktu-waktu penghujung tahun, takwim tahunan KDBM (keluarga debat Bahasa Melayu) akan dipenuhi dengan program pembangunan untuk pelapis-pelapis baru. Dan pada tahun ini sekali lagi PESTA BAHAS, iaitu pertandingan bagi mencari bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar junior telah diadakan. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan di mana sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dan kemuncaknya pada 5 September yang lalu pertandingan akhir telah dilangsungkan dengan jayanya. Imanshah coretkan beberapa keping gambar sepanjang pertandingan diadakan.




Perarakan masuk speaker dewan dan peserta final PESTA BAHAS


Keperluan penjaga masa yang setia.


Kedua-dua pasukan bersedia untuk memulakan pertembungan idea.


Meja pembangkang sedang memohon izin laluan.


Panel juri sedang menilai hujah yanag dikemukakan.


Aliff Hazim dipilih pembahas terbaik final.


Kedua-dua pasukan final, UNITAR dan UKM bergambar keangan bersama PK Kokurikulum, serta para pembahas terbaik keseluruhan.


Bergambar kenangan bersama pemenang dan tulang belakang PESTA BAHAS 2012.

Imanshah mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. dari Jaringan 11 iaitu pihak STAROBA yang telah membiayai kewangan, para pembahas tingkatan lima, empat dan tiga yang bertindak sebagai AJK dan juri sehinggalah kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu yang berani menyahur cabaran ini. Moga legasi kecemerlangan debat di Sekolah Bintang ini akan terus bersinar. 












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Syazwan Che Deraman said...

bagus cara ni cikgu.
cari bakat dari awal.
siap boleh jadi juri lagi.

lamanya tak singggah blog cikgu.

Ahmad Haziq Azlan said...

ohhhhhhhhhh
ingatkan u betul tadi...
nama je rupanya....

IMANSHAH said...

@Syazwan Che Deraman

tu lah, kena mula awai

Harmi Mohammad Jamil said...

Tahniah Cikgu & anak-anak Sekolah Bintang atas kejayaan penganjuran.. Semoga kekal menyinar di persada debat kebangsaan..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget