WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 9, 2012

SEKOLAH SERI PUTERI, SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK JOHAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2012


Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)  dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)  hari ini masing-masing muncul sebagai johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2012. Pertandingan akhir bagi edisi ke-39 ini dilangsungkan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Dalam Pertandingan akhir bahas Bahasa Malaysia, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Usul yang diperdebatkan dalam pertandingan tersebut adalah "Penguasaan Industri Teknologi Maklumat  Menjamin  Kestabilan Negara.  Manakala Saudara Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi  dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik pertandingan akhir.


Manakala dalam kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) berjaya menebus kekecewaan 2011 apabila berjaya kali ini muncul johan menewaskan pasukan yang menewaskan mereka pada tahun 2011, kolej Tunku Kurshiah. Usul yang telah dipilih untuk diperdebatkan ialah " This House Beleive That We Should Substantialy Expand On Vocasioanal Education ". Di akhir perlawanan, Saudara Adbul Razak dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir ialah Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Untuk rekod, penganjuran PPM tahun ini ditaja oleh Bank Rakyat untuk tahun ke tiga berturut-turut. Manakala pusingan awal telah diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR).



P/s : Mohon maaf kepada pengunjung dan pembaca kerana video tidak dapat dilihat kerana pihak EDUWEB telah menukarkannya kepada "PRIVATE".






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Tahniah buat Seri Puteri dan SDAR..hebatt!!

Lang Radzlan said...

Tahniah untuk kedua-dua sekolah :)

chekgu Azam Aziz said...

salam, nak tanya, kenapa tak boleh nak tengok video tu yer?

KDBM STAR IPOH said...

@chekgu Azam Aziz

video tu dah di private kan oleh pihak EDUWEB

Cikgu Fikri said...

pergh..
terbaik ar kedua2 pasukan..tahniah.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget