WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, September 26, 2012

TOH PUAN SITI ZAINAB KEMBALI KE RAHMATULLAH

Toh Puan Siti Zainab Baharuddin, balu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Allayarham Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, meninggal dunia, di sini hari ini. 


Siti Zainab, 85, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7.15 pagi selepas tiga bulan dirawat di hospital itu akibat angin ahmar.  Menurut anak sulungnya, Datin Dr Siti Khadijah Hamdan, jenazah Siti Zainab dibawa ke rumahnya di Lebuh Bukit Jambul dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Jalan Zoo di sini selepas solat Asar. 


Tun Dr Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1989 hingga 2001 dan meninggal dunia pada tahun 2005.  Siti Zainab, bekas guru dan pernah menyandang jawatan Presiden Hoki Wanita Pulau Pinang serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan wanita itu, meninggalkan tiga anak dan lima cucu. 



Antara yang menziarahi jenazah beliau ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman; Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Salleh Man; ahli Exco kerajaan negeri dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pengerusinya, Teng Chang Yeow. - BERNAMA 

Imanshah : Alfatihah buat Allahyarhamah. Suami Allahyarhamah, Allahyarham Tun Hamdan merupakan bekas pengetua STAR yang pertama. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmah. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget