WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 24, 2012

796 TERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG


Seramai 796 menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Daripada jumlah itu, 11 orang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Zoal Azha Yusof; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Daniel Syed Ahmad;

Pengerusi Telekom Malaysia Berhad Datuk Dr Halim Shafie; Penasihat Sains Perdana Menteri Prof Datuk Dr Zakri Abdul Hamid; Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Wira Salleh Mat Rasid; Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Kamaljit Singh; dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Trade Centre Datuk Vijayeswaran Vijayaratnam.

Sebelas orang lagi dianugerah Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak; Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Datuk Mat Zara'ai Alias; Pegawai Kewangan Negeri Pahang Datuk Norzan Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang Datuk Ishak Muhammad;

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang Datuk Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Fong Koong Fuee; pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Ir Azman Mohd.

Seramai 20 orang pula dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Zulkifli Yaacob; Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abidin dan Ketua Jurutera Tentera Darat Brig Jen Datuk Ir Abdul Nasser Ahmad.

Seramai 98 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DIMP ialah Ketua Pengarang Media Prima Berhad Mohd Lokman Hamidi; Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation Bukhari Che Muda; Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud; Ketua Pegawai Eksekutif Sekreteriat Sukan Malaysia Pahang 2012 Ahmad Hairi Hussain; Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam; Pengarah Mahkamah Pahang dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Noradidah Ahmad; dan Pengarah Hospital Pekan Dr Daud Othman.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang kepada 21 penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang kepada 60 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang kepada 36 penerima dan Ahli Mahkota Pahang kepada 99 penerima.

Selain itu, 128 orang dianugerahi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 91 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 221 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Majlis penyampaian anugerah pingat dan Darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. - BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

cucu tok yamin said...

salam tuan blog..ada pembetulan sikit, darjah yang membawa gelaran uang dikurnia di negeri bukanlah Datuk tapi Dato'. klu tak silap Datuk hanya dikurniakan di peringkat federal iaitu YDPA sahaja.Datuk dan dato' ada bezanya..wallahualam..;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget