WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 29, 2012

LIEW DAREN JUARAI BADMINTON TERBUKA PERANCIS 2012



"Akhirnya saya dapat rasa bagaimana nikmat bergelar juara dan harap saya dapat mengekalkan aksi konsisten ini pada masa akan datang, seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia," kata Liew Daren sejurus memasuki episod baru dalam kariernya dengan merangkul kejuaraan Siri Super pertama pada Terbuka Perancis di Paris, semalam.

Selepas bertahun-tahun mencari satu kejuaraan untuk 'memecah tembok halangan', pemain berusia 25 tahun itu akhirnya meraih apa yang diinginkan selepas menumpaskan bekas juara remaja dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 21-18, 21-17 dalam perlawanan akhir.

Kejayaan Daren, yang menyingkirkan tiga pemain pilihan, Hu Yun (China), Sho Sasaki (Jepun) dan Jan O Jorgensen dalam laluan ke final, memberikan kelegaan kepada peminat badminton tanah air yang selama ini bimbang dengan ketiadaan pemain kedua yang mampu membantu jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, Daren menunjukkan keghairahan untuk mencari kemenangan pertama dengan mempamerkan permainan pantas serta pukulan-pukulan lintang yang cantik, sekalipun bermula agak cemas apabila ketinggalan 0-3 dan 1-5 di set pembukaan.

Daren, yang selama ini disifatkan jurulatihnya, Rashid Sidek menghadapi masalah 'mentaliti lemah' apabila berdepan situasi kritikal, bagaimanapun membuktikan dia kini lebih matang apabila tenang mencari mata kemenangan 21-17 dan menutup pertarungan dalam masa 42 minit.

Kemenangan ini merupakan kemuncak kepada peningkatan yang telah ditunjukkan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sejak awal 2012, bermula dengan kejayaan melayakkan diri ke suku akhir All England, diikuti suku akhir Terbuka Switzerland, suku akhir Terbuka Singapura dan suku akhir Terbuka Denmark, minggu lalu.

"Saya tidak dapat gambarkan perasaan saya hari ini, sangat, sangat gembira. Permainan saya pada dua kejohanan terakhir ini amat baik, malah perlawanan hari ini juga bagus sekali.

sumber : UTUSAN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

SHAFIQ HASHIM said...

harap dia dapat ganti lee chong wei

tunz said...

ye la. mama tunz pun setuju..negara dh ketandusan pemain pelapis

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget