WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 13, 2012

NICOL DAVID JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT


Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mencatat kemenangan sulung dalam kejohanan skuasy Terbuka Amerika selepas mengalahkan pemain Mesir, Raneem El Weleily, semalam.
Pertandingan itu diadakan di gelanggang kaca Daskalakis Athletic Centre, Drexel University di Philadelphia, Amerika Syarikat.
Menurut laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com, perlawanan menentang Raneem merupakan kemunculan Nicol yang ke-80 dalam perlawanan akhir Persatuan Skuasy Wanita (WSA) sepanjang kariernya.
Kemenangan Nicol pada pertandingan akhir Terbuka Amerika itu melepasi rekod Sarah Fitz-Gerald dengan 62 gelaran. Beliau kini memegang rekod baru WSA dengan 63 gelaran.
Pemain berusia 29 tahun, pilihan utama, mengalahkan Raneem dalam empat set perlawanan 14-12, 8-11, 11-7 dan 11-7 dalam masa 45 minit bagi menebus kekalahannya kepada pemain Mesir itu pada pertandigan akhir Terbuka Malaysia bulan lalu.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Mesir Ramy Ashour muncul juara selepas mengalahkan pemain Perancis Gregory Gaultier dalam straight set dengan 11-4, 11-4 dan 11-9. – BERNAMA





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Murni Alfathunnisa said...

tahniah datuk nicol! :-) malaysia boleh..

dee said...

Phidelphia. keju? hehehe ^^,

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget