WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 15, 2012

TAJAK ATAU TANJAK?

Tersenyum seorang pagi-pagi ahad ni. Dalam satu soalan peperiksaan akhir tahun ada ditanya tentang ekonomi masyarakat tradisional.

1) Apakah peralatan pertanian yang digunakan oleh masyarakat tradisional ?

Ramai yang memberikan jawapan betul, sabit, cangkul, tenggala dan TAJAK. 

Namun , ada juga sebahagian yang memberikan jawapan TANJAK.

Alahai anak muda pewaris kepimpinan negara, nampak benar kamu semua tidak hidup di zaman tajak dan cangkul. Makan nasi pun beli beras yang dah diproses. 

TANJAK tu ghopenya begini . Tengok puas-puas.


Adapun tanjak, destar dan tengkolok ada perbezaannya.

Secara ringkasnya, perbezaan antara tengkolok, destar dan tanjak ialah :

Tengkolok : Lilitannya meruncing ke atas, lilitan berlapi (tebal), kainnya bermutu.

Destar  : Lilitannya rendah dan nipis.

Tanjak: Lilitannya macam tengkolok, tetapi lebih   ringkas dan nipis.

Dan kalau nak tengok TAJAK, ni lah tajak sebenarnya



Tajak merupakan alat tradisional yang biasanya digunakan di sawah-sawah padi. Tajak adalah satu-satunya alternatif yang boleh diambil untuk membajak bahagian-bahagian sawah yang terlalu dalam kerana ia tidak boleh menggunakan tenggala atau kerbau.

Tajak mempunyai bentuk yang amat berbeza daripada senjata atau alat pertanian yang lain. Pada pandangan yang paling dekat, tajak umpama gabungan cangkul dan parang. Hulunya berbentuk bulat gadah besar secekak yang mana panjangnya setengah depa. Pemegangnya panjang ( purata dua kaki setengah) yang sederhana besar serta bongkok udang dan runcing dihujungnya. Pada lengkungan dalam terdapatnya mata dan bilah ini dipasang melintang hulu seperti cangkul, tetapi kegunaannya adalah untuk menajak rumput dan menggembur tanah.

Cara menggunakan tajak adalah memegang dengan kedua-dua belah tangan, di mana satu dipangkal hulu dan satu lagi kira-kira dua pertiga hulu ke bawahnya. Ayunan tajak adalah meliputi jarak sudut kira-kira 120 darjah dikeliling penggunanya, di mana ia bermula dari bahagian rusuk kanan atau rusuk kiri.

Tajak digunakan oleh petani untuk membersihkan rumput dikeliling rumah, sawah, kebun atau dusun. Petani lebih gemar menajak rumput di kebun mereka daripada menggunakan racun serangga makhluk perosak kerana dikhuatiri racun akan memberi kesan negatif kepada hasil tanaman di kebun atau dusun.

Bagi petani wanita, tajak digunakan seperti cangkul untuk menggembur tanah bagi bercucuk tanam di sekeliling rumah.

sahabat blogger saya Puan CkLah ada bagitahu gambar tu pun bukan TAJAK, tapi namanya KERI. Saya pun pertama kali dengar nama KERI ni

SUMBER : MALAYSIANA






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Sham said...

wei kalau tajak tu letak kat kepala pun ngam gak tu...

the malay male said...

Nama nak dekat sama dah tp bendanya jauh berbeza..hehe

MystoryPic said...

helooooo.. saya terjah yer

moral of the story... budak2 zaman laa ni tau sebut tp tak tau eja... bak kata omputih don no to pronounce..... eheh betul???

ckLah @xiiinam said...

Bang...itu pun bukan tajak tau bang! Itu keri...
Tajak, batangnya panjang macam cangkul.
Digunakan untuk menajak sambil berdiri. Kalau keri, digunakan untuk merumput sambil duduk/bertenggong.....

Potong markah! Hehe...

Itu jawapan budak sekolah bintang. Kalau yang berbintang-bintang macam sekolahku...emmmmm, alah. Keras tali perut dibuatnya...
(Jangan ambil tajak untuk main bola hoki sudah :-)

IMANSHAH said...

@ckLah @xiiinam

namanya tajak duduk CkLah

EPIK said...

xbole imagin kalo tanjak gune untuk tanam sayor..hahaha

Pesta Layang-Layang Di Australia

ckLah @xiiinam said...

Tajak duduk? Boleh lah...hehehe.
Orang Jawa kot yang panggil keri. Tapi, masa beli di kedai Cina pun tokeh sebut keri (pelat 'keli') Mungkin dia terpengaruh dengan lingkungan pelanggannya yang kebanyakannya Jawa dan Banjar kat sini. Agaknyalah...

:)

gadisBunga™ said...

saya kenal tanjak. tapi tajak saya tak tau...

sekarang baru tau.

terima kasih cikgu!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget