WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, November 21, 2012

BANGLADESH ISYTIHAR CUTI PERISTIWA UNTUK RAKYATNYA DI MALAYSIA


JANGAN PERCAYA DENGAN TAJUK ! Hehe. 


Program pemulihan semangat selama tiga hari di Pulau Pangkor minggu lalu nampaknya tidak memberikan sebarang kesan.

Persembahan Harimau Malaya semakin membimbangkan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh pada perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF, Ahad ini.

Bagaikan serba tidak menjadi, persembahan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal yang semakin hilang punca menjelang lima hari perlawanan sebenar berdepan Singapura dengan tahap persefahaman antara pemain masih lemah dan kurangnya gerakan-gerakan menarik dapat disajikan oleh barisan serangan.

Tambah menghibakan, di hadapan 3,000 penonton, gol penyamaan Bangladesh hadir ketika lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Pranotosh Kumer Das dibuang padang pada minit ke-77 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Md. Jahid Hasan Ameli pada minit ke-83.

Keputusan seri 1-1 dengan pasukan yang berada di ranking 171 dunia itu pasti sukar diterima oleh kebanyakan peminat setia Harimau Malaya kerana Bangladesh baru sahaja ditewaskan oleh Thailand 0-5 pada Sabtu lalu.

Jika aksi dalam empat perlawanan terakhir ini dijadikan ukuran, Harimau Malaya nampaknya mungkin sudah boleh melupakan impian mempertahankan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Gol tunggal pasukan negara diperoleh melalui Khyril Muhymeen pada minit ke-24 melalui tandukan hasil sepakan sudut yang diambil oleh ketua pasukan, Safiq Rahim.

Jaringan terbabit merupakan yang pertama buat pemain berasal dari Kedah itu buat skuad kebangsaan sejak Oktober 2008 iaitu semasa Pestabola Merdeka ketika mengalahkan Nepal 4-0 yang mana dia menjaringkan satu gol dalam perlawanan terbabit.

Cubaan terbaik pasukan pelawat diperoleh pada penghujung perlawanan melalui Md. Waly Faisal yang merembat dari jarak 30 meter, namun dapat ditangkap kemas Farizal Marlias.

Pada babak kedua, Rajagobal membuat percaturan baru memasukkan Zaquan Adha, Ahmad Hazwan Bakri, Shakir Shaari dan Baddrol Bakhtiar dengan mengeluarkan beberapa pemain utama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Namun, tiada perubahan ketara dalam permainan Harimau Malaya dengan tempo permainan masih dilihat terlalu perlahan di samping kegagalan jentera serangan mencipta banyak peluang untuk menambahkan jaringan.

Sebaliknya, Bangladesh tiba-tiba menghadirkan ancaman pada 10 minit terakhir perlawanan biarpun beraksi dengan kekurangan seorang pemain dan tindakan Irwan Fadzly Idrus menjatuhkan Mithun Chowdhry memberikan sepakan penalti kepada pelawat.

Jahid tidak mensia-siakan peluang keemasan terbabit untuk menggembirakan kira-kira 1,000 penyokong mereka yang hadir dengan pemain-pemain Harimau Malaya tunduk kecewa yang bagaikan tidak percaya mereka boleh gagal mengalahkan Bangladesh.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

abah khalisha said...

sekali seri..adehhhh..satu pencapaian buat mereka.hehehe.Malaysia cmner?hehehe

Fariz Reza said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 2053 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget