WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 6, 2012

BITTAUFIQ WAN NAJAH BOYS !


Ini pesananku. Manifestasi cintaku kepada kamu.

Maka, saya suka generasi muda untuk berfikiran luas, dan berjaga-jaga dalam segenap perkara. Perlu sedar betapa hidup ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT. SPM juga adalah medan untuk mendapat redha Allah SWT.

“Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” Surah At-Taubah ayat 72....



Jangan anda tertipu dengan kejayaan dan kegagalan anda. Ini hanyalah satu stesen dari stesen-stesen kehidupan. Ada banyak lagi stesen yang perlu kita lalui dalam keadaan berjaga-jaga jika ingin selamat.

Saya tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain.

Sebab itu, saya memakai neraca kejayaan yang Allah beri. Apa dia?

Allah SWT berfirman:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali Imran ayat 185.
Ya… itulah dia kejayaan.

Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.

Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

kadang-kadang, cikgu yang lebih berdebar bila anak-anak murid nak exam, moga2 semuanya berjalan lancar & semoga berjaya :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget